Meningkatkan Penguasaan Membaca Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Menggunakan “Permainan Roda Citra Warna’’

Authors

  • Zaiwiyah binti Omar

Keywords:

masalah membaca, murid bermasalah pembelajaran, motivasi, Permainan Roda Citra Warna

Abstract

Membaca merupakan aktiviti memerhati sesuatu cetakan dengan pemahaman terhadap makna kandungan. Membaca penting untuk meningkatkan kebolehan seseorang murid membunyikan sesuatu perkataan, intonasi, jeda dalam pembacaan dan kelancaran bahasa yang betul seterusnya meningkatkan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan bacaan yang merupakan proses dinamik dalam diri seseorang murid. Permainan Roda Citra Warna ialah satu kaedah baharu yang dicipta bagi membantu murid -murid bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah membaca di Sekolah Kebangsaan Lesong Batu, Alor Gajah, Melaka. Pelaksanaan amalan terbaik ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah membaca dan menambah baik amalan pengajaran kemahiran membaca mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui pemerhatian dan pengalaman guru, murid bermasalah pembelajaran lemah dalam kemahiran membaca kerana kurang upaya pembelajaran yang mereka hadapi. Permainan Roda Citra Warna merupakan kad roda perkataan yang dicipta bagi mewujudkan motivasi dan minat murid bermasalah pembelajaran untuk membaca melalui aktiviti bermain, sejajar dengan naluri kanak-kanak yang suka bermain. Melalui amalan terbaik ini, beberapa aspek motivasi telah dapat ditonjolkan oleh murid melalui tingkah laku kognitif dan afektif serta peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, meningkatkan motivasi belajar seterusnya berupaya meningkatkan prestasi murid bermasalah pembelajaran khususnya.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Zaiwiyah binti Omar. (2022). Meningkatkan Penguasaan Membaca Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Menggunakan “Permainan Roda Citra Warna’’. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/278