Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Modul Bergambar

Authors

  • Chu Ju Ping
  • Chu Ju Aik

Keywords:

membina ayat majmuk, modul bergambar, murid berkeperluan pendidikan khas

Abstract

Kemahiran menulis merupakan satu komponen dalam data pelajaran Bahasa Melayu seperti dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK). Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid-murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Murid berkeperluan khas menghadapi masalah untuk mengembangkan ayat mereka daripada ayat tunggal kepada ayat majmuk. Kaedah modul bergambar merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru) bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk bagi murid berkeperluan khas. Data yang dikumpul melalui analisis dokumen dan borang pemerhatian. Sasaran terdiri daripada empat orang murid yang berumur 14-16 tahun sedang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsan Naning negeri Melaka pada tahun 2022. Dapatan data amalan terbaik ini memberikan impak yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Di samping itu, mereka juga memberikan tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kesimpulan daripada amalan terbaik ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu Pendidikan Khas dalam usaha memilih kaedah intervensi yang bersesuaian untuk membantu murid berkeperluan khas meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Chu Ju Ping, & Chu Ju Aik. (2022). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Modul Bergambar. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/280