Kaedah Adam dapat Meningkatkan Kemahiran Bertutur Murid Kefungsian Rendah dengan Menggunakan Kaedah Picture Exchange Communication System (PECS)

Authors

  • Norrafidah binti Abu Samah

Keywords:

Kaedah Adam, Murid Bermasalah Pendengaran, Kemahiran Bertutur, Picture Exchange Communication System (PECS)

Abstract

Fokus kajian ini adalah untuk memperbaiki kemahiran bertutur murid bermasalah kefungsian rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai penggunaan Kaedah Adam dalam merangsang murid bermasalah pendengaran untuk bertutur. Terdapat tiga aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu kekerapan responden bertutur ketika berada di dalam dan di luar bilik darjah, tingkah laku responden yang mempengaruhi kebolehannya bertutur dan ujian bertemakan haiwan untuk merangsang responden bertutur. Responden kajian terdiri daripada seorang murid Pendidikan Khas bermasalah pendengaran ringan. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan instrumen ujian, pemerhatian dan senarai semak. Dapatan daripada analisis data pasca menunjukkan peningkatan positif dalam setiap aspek yang dikaji. Aspek kekerapan bertutur menunjukkan peningkatan antara dua hingga enam peratus. Aspek tingkah laku pula menunjukkan penurunan tingkah laku negatif responden antara 20 hingga 40 peratus. Responden juga telah berjaya menjawab empat daripada lima soalan ujian yang digunakan sebagai aspek ketiga yang dikaji. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan Kaedah Adam dapat merangsang murid bermasalah pendengaran bertutur. Rumusannya, kajian ini berkesan dalam merangsang murid bertutur melalui kaedah kad gambar yang digunakan sebagai alat kajian utama dalam Kaedah Adam.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Norrafidah binti Abu Samah. (2022). Kaedah Adam dapat Meningkatkan Kemahiran Bertutur Murid Kefungsian Rendah dengan Menggunakan Kaedah Picture Exchange Communication System (PECS). Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/282