Meningkatkan Kemahiran Asas Matematik Dalam Operasi Tambah Menggunakan Kaedah Lidi Bewarna Kepada Murid Bermasalah Pembelajaran Berkefungsian Rendah

Authors

  • Muhamad Kashfi Bin Mahali
  • Ahmad Aidil Bin Abu Ziden

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi kelemahan utama masalah murid-murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kategori Berkefungsian Rendah (Low Function) dalam mengingati operasi tambah dua digit dalam mata pelajaran Matematik. Seramai lapan orang murid kelas PPKI Uranus 3 dari SMK Suria Perdana Parit Raja dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan matedologi kajian bercampur dengan kaedah eksperimental, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur dijalankan bagi mengumpul data dan analisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan terhadap pencapaian dengan min ujian pra ialah min=3.25 manakala ujian pos min=7.5. Data dari pemerhatian pula menunjukkan minat dan fokus murid meningkat selepas menggunakan kaedah Lidi Berwarna dalam pengiraan operasi tambah dua digit. Hasil temubual juga mendapati bahawa tiga kata kunci yang positif iaitu ‘senang’, ‘nampak’ dan ‘cepat’. Kajian tindakan ini adalah penting untuk para guru pendidikan khas mempelbagai cara dan keadah pengajaran mereka bagi membantu murid PPKI Kefungsian Rendah mengingat dan meningkatkan rasa seronok dan fokus murid di dalam kelas.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Muhamad Kashfi Bin Mahali, & Ahmad Aidil Bin Abu Ziden. (2022). Meningkatkan Kemahiran Asas Matematik Dalam Operasi Tambah Menggunakan Kaedah Lidi Bewarna Kepada Murid Bermasalah Pembelajaran Berkefungsian Rendah. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/284