Meningkatkan Tahap Pembacaan Buku Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran Menggunakan Aktiviti Bacaan Pagi

Authors

  • Shanthi a/p Kanasan Mutty
  • Nurul Hidayah binti Adnan

Keywords:

Tahap pembacaan, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran, Bacaan pagi, NILAM

Abstract

Membaca ialah satu kemahiran yang sangat penting dalam pembelajaran. Membaca merupakan asas untuk menambah ilmu. Untuk meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan Murid Keperluan Pendidikan Khas (MBPK), murid perlu diberi ruang dan bahan untuk membaca. Amalan terbaik aktiviti Bacaan Pagi dilaksanakan untuk mengatasi masalah sikap kurang membaca dalam kalangan Murid Keperluan Pendidikan Khas Pendengaran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka dan rekod bacaan yang rendah. Bacaan Pagi adalah satu aktiviti yang dijalankan pada setiap pagi hari persekolahan di tapak perhimpunan pada jam 7.15 pagi sehingga jam 7.35 pagi iaitu waktu sebelum murid-murid masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. Fokus aktiviti amalan ini adalah untuk melihat bagaimanakah MBPK Pendengaran dapat meningkatkan rekod bacaan program NILAM dengan aktiviti Bacaan Pagi. Kumpulan sasaran perlaksanaan aktivti amalan adalah 10 orang MBPK Pendengaran dari tahap 2 kerana semua murid ini terlibat dalam program NILAM sekolah. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan aktiviti amalan baik ini adalah menggunakan analisis kutipan data rekod bacaan dan pemerhatian. Dapatan data daripada aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan aktiviti Bacaan Pagi ini telah berjaya meningkatkan tahap pembacaan MBPK Pendengaran Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka dalam program NILAM. Aktiviti ini juga dapat membantu memupuk budaya membaca dalam kalangan murid serta membolehkan murid mencapai tahap bintang penarafan NILAM.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Shanthi a/p Kanasan Mutty, & Nurul Hidayah binti Adnan. (2022). Meningkatkan Tahap Pembacaan Buku Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran Menggunakan Aktiviti Bacaan Pagi. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/285