Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Multimedia Dalam Mengajar Operasi Tambah Bagi Murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Authors

  • Tan Choo Lin

Keywords:

bahan bantu mengajar berbentuk multimedia, operasi tambah, murid murid berkeperluan pendidikan khas

Abstract

Antara kebanyakan mata pelajaran, Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya, justeru, penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai serta menarik amat penting bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Penggunaan BBM berbentuk multimedia yang dibangunkan oleh pengamal sendiri dengan perisian Microsoft PowerPoint telah digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di SJKC Bukit Beruang, Melaka. Penggunaan BBM berbentuk multimedia dalam proses PdP adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkannya kepada ilmu pengetahuan yang lebih bermakna dan bermanfaat. Dapatan data daripada amalan yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan elemen multimedia dan visual ini telah mewujudkan motivasi belajar dalam mata pelajaran Matematik yang positif dan juga meningkatkan kemahiran penyelesaian operasi tambah dalam kalangan MBPK, justeru dengan pemilihan media pengajaran seperti komputer yang menggunakan persembahan Microsoft PowerPoint berserta kaedah pengajaran guru yang menarik berupaya memberi alternatif penyelesaian dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian operasi tambah yang dihadapi oleh MBPK.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Tan Choo Lin. (2022). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Multimedia Dalam Mengajar Operasi Tambah Bagi Murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/289