Meningkatkan Kemahiran Kendiri Memakai Seluar Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah “KerusiBANTU”

Authors

  • Rohaya Zakariah

Keywords:

pengurusan diri, murid bermasalah pembelajaran, “kerusiBANTU”]

Abstract

Kanak-kanak yang normal mula belajar memakai pakaian pada usia 12 hingga 24 bulan namun bagi murid bermasalah pembelajaran ia merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan dan sering mengharapkan bantuan orang dewasa walaupun umur semakin bertambah. Menurut Izen & Brown (1991)kemahiran mengajar keberdikarian diri adalah sangat penting. Melalui cara mengurus diri yang betul dapat membantu seseorang itu menguasai kemahiran secara praktikal dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa bantuan orang lain terutamanya kemahiran memakai seluar setiap kali ke tandas. Kegagalan menguasai kemahiran kendiri memakai seluar akan menyukarkan murid untuk mengurus diri dengan baik. Amalan terbaik ini melibatkan kumpulan sasaran seramai lima orang murid Pendidikan Khas dari kelas. Amalan ini bertujuan untuk mengatasi masalah sukar memakai seluar dengan sendiri dalam kalangan murid masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Duyong dengan menggunakan kaedah “kerusiBANTU” .Fokus aktiviti amalan ini adalah untuk melihat bagaimana murid masalah pembelajaran berkefungsian rendah dapat ke tandas dengan menggunakan kaedah “kerusiBANTU’’. Hasil daripada amalan baik yang telah dijalankan, murid bermasalah pembelajaran berkefungsian rendah dapat memakai seluar sendiri tanpa perlu bimbingan Pembantu Pengurusan Murid atau guru melalui kaedah “kerusiBANTU”. Kesimpulannya, kebolehan mengurus diri penting untuk kelangsungan hidup murid kerana suatu hari nanti mereka perlu hidup berdikari tanpa bimbingan orang lain.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Rohaya Zakariah. (2022). Meningkatkan Kemahiran Kendiri Memakai Seluar Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah “KerusiBANTU”. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/292