Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme di Peringkat Sekolah Rendah

Authors

  • Hezlie Noorshyam bin Abu Samah

Keywords:

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Pengurusan Tingkah Laku (PTL) Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Abstract

Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan terbaik bagi mengurus tingkah laku kanak-kanak autisme di peringkat Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKI) sekolah rendah. Tinjauan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan perbualan dengan beberapa orang guru PPKI di sekolah rendah. Hasil tinjauan mendapati tahap pengetahuan guru tentang amalan terbaik dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak autisme adalah tinggi. Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga telah menunjukkan bentuk amalan yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan Pengurusan Tingkah Laku (PTL) kanak-kanak autisme adalah di tahap sederhana. Manakala hasil tinjauan tentang cabaran telah menunjukkan guru berhadapan dengan cabaran daripada pihak sekolah untuk menghadiri kursus dan pengajaran pendidikan khas dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku. Secara keseluruhan, hasil keputusan tinjauan menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengetahuan, bentuk amalan dan cabaran dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak autisme di antara guru lelaki dan perempuan diperingkat sekolah rendah. Di samping itu, dapatan tinjauan membuktikan bentuk amalan terbaik dalam mengurus tingkah laku terhadap kanak-kanak autisme tidak dipengaruhi oleh jantina atau pengalaman guru mengajar. Hasil tinjauan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang diantara pengetahuan tentang amalan intervensi dengan kaedah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan pengurusan tingkah laku kanak-kanak autisme. Implikasi utama tinjauan ini ialah membolehkan semua pihak yang terlibat dalam mengurus tingkah laku seperti ibu bapa, guru, sekolah dan Sektor Pendidikan Khas dapat mengesani kekurangan dan halangan dalam pelaksanaan program pengurusan tingkah laku seterusnya mendapatkan kaedah atau cara amalan terbaik yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Hezlie Noorshyam bin Abu Samah. (2022). Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme di Peringkat Sekolah Rendah. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/293