Meningkatkan Sikap Menghormati Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran SMK Seri Bemban Melalui Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa)

Authors

  • Azhar bin Che Mohd Salleh

Keywords:

Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa), Pendidikan Khas, Murid Berkeperluan Khas.

Abstract

Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bukanlah sesuatu yang baharu. Amalan ini merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam program guru penyayang. Amalan 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis. Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni. Amalan 3S merupakan amalan terbaik seorang murid bermasalah pembelajaran yang lebih mesra dipanggil Udin. Amalan 3S yang dilakukan oleh Udin telah membuatkan bukan sahaja guru Pendidikan Khas menyukai dan mesra dengannya namun guru arus perdana juga terlibat sama. Amalan inilah yang pengamal (guru) hendak murid lain contohi dan praktikkan di sekolah bagi meningkatkan sikap hormat dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran terhadap ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Amalan 3S yang diketengahkan ini diharap dapat meningkatkan sikap hormat-menghormati dan menegur dalam kalangan murid dan guru serta mengeratkan kasih sayang yang semakin kurang dapat dilihat dalam kalangan mereka. Murid lain sering dilihat sangat jarang bertegur sapa dengan guru walaupun guru berada di sekeliling mereka. Perkara ini merupakan satu senario yang tidak patut dibiarkan begitu sahaja tanpa nilai tambah moral yang baik. Setelah amalan 3S dipraktikkan, didapati sikap hormat murid sesama murid dan guru bertambah baik dan suasana di sekolah lebih harmoni dan mesra di samping mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Azhar bin Che Mohd Salleh. (2022). Meningkatkan Sikap Menghormati Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran SMK Seri Bemban Melalui Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa). Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/294