Mengubah Tingkah Laku Disruptif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Pelaksanaan Video Modeling

Authors

  • Noraznida Bt Zurali

Keywords:

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Tingkah Laku Disruptif, Video Modeling

Abstract

Tingkah laku ialah satu elemen yang mampu mencerminkan peribadi seseorang individu. Namun, bagi murid-murid yang dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), tingkah laku yang mereka pamerkan kadang kala menimbulkan masalah pada diri mereka sendiri mahupun orang lain yang berada di sekeling mereka seperti ibu bapa, guru, mahupun rakan sekelas. Salah satu tingkah laku yang dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah adalah tingkah laku disruptif. Faktor-faktor seperti genetik, persekitaran, keluarga dan trauma masa lalu merupakan penyumbang utama kepada tingkah laku disruptif ini. Pengaplikasian amalan terbaik Video Modeling secara individu dapat menangani tingkah laku disruptif murid agar menjadi lebih baik iaitu dengan berlakunya pengurangan kekerapan MBPK melakukan tingkah laku disruptif sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru berlangsung. Selain itu, melalui pengaplikasian amalan terbaik ini juga dapat membantu guru mengendalikan proses pengajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan kekerapan tingkah laku disruptif sepanjang intervensi dilaksanakan iaitu sebanyak 71%, namun terdapat sedikit peningkatan kekerapan tingkah laku disruptif ditunjukkan oleh sampel apabila intervensi ditarik iaitu sebanyak 30%. Diharap melalui amalan terbaik yang diketengahkan ini dapat mengurangkan tingkah laku disruptif MBPK semasa proses PdPc di samping memastikan proses PdPc guru dalam bilik darjah berjalan dengan lancar dan berkesan.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Noraznida Bt Zurali. (2022). Mengubah Tingkah Laku Disruptif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Pelaksanaan Video Modeling. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/296