Aktiviti Ceriakan Pagi Kita Meningkatkan Kebolehan Berkomunikasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Authors

  • Siti Hamidah binti Selamat
  • Hanisah binti Bador

Keywords:

komunikasi, pendidikan khas, aktiviti ceriakan pagi kita

Abstract

Komunikasi merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam urusan kehidupan seharian pada semua peringkat usia. Kegagalan berkomunikasi menyukarkan proses interaksi dan penyampaian maklumat antara dua pihak. Penulisan amalan terbaik ini bertujuan untuk perkongsian ilmu bagaimana meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Berkefungsian Rendah di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin melalui Aktiviti Ceriakan Pagi Kita dalam Program MeKAR (Melonjakkan Kecemerlangan Ar-Rayyan). Fokus aktiviti amalan baik ini ialah untuk melihat sejauh mana kebolehan berkomunikasi MBPK dapat dipertingkatkan melalui Aktiviti Ceriakan Pagi Kita. Kumpulan sasaran pelaksanaan aktiviti amalan baik ini ialah seramai 19 orang MBPK di Kelas Orkid 1 dan Orkid 2 pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan aktiviti amalan baik ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian yang disokong dengan senarai semak dan soal selidik pandangan ibu bapa serta rakaman video. Data tersebut dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan data daripada aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan aktiviti amalan baik ini telah berjaya meningkatkan kebolehan berkomunikasi MBPK Berkefungsian Rendah. Selain itu guru pula dapat menambah baik amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya daripada aspek merancang dan melaksanakan aktiviti tersebut. Pengisian Aktiviti Ceriakan Pagi Kita yang terkandung dalam Modul Program MeKAR merupakan pengubahsuaian aktiviti kurikulum KSSR Pendidikan Khas Tahun 1.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Siti Hamidah binti Selamat, & Hanisah binti Bador. (2022). Aktiviti Ceriakan Pagi Kita Meningkatkan Kebolehan Berkomunikasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas . Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/301