Program Vanakam Pagi Dalam Pengurusan Emosi Murid PPKI

Authors

  • Viknesh a/l Ramachandran
  • Daisykavani a/p Raja Mohan

Keywords:

emosi, program vanakam pagi, proses pengajaran dan pemudacaraan

Abstract

Emosi secara amnya ditakrifkan sebagai tindak balas seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan juga persekitaran. Kecelaruan emosi atau gangguan emosi dalam kalangan murid berkeperluan khas terutamanya pada waktu pagi menjadi cabaran utama warga pendidik dalam menjalankan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam kelas. Murid-murid bekeperluan khas yang mengalamai gangguan emosi berkecenderungan menunjukan tingkah laku yang kurang sesuai dan berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu PdPc. Memahami dan mengurus emosi murid yang sememangnya mempunyai pelbagai ketidakupayaan adalah penting kerana kelancaran rutin harian murid tersebut bergantung sepenuhnya pada emosi murid tersebut pada waktu pagi. Oleh yang demikian penulisan amalan terbaik ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan “PROGRAM VANAKAM PPKI”dalam menangani isu kecelaruan emosi dalam kalangan murid berkeperluan khas di SJKT Paya Rumput. Program ini merangkumi rangkaian aktiviti yang pelbagai agar dapat merangsang emosi murid yang lebih stabil sebelum sesuatu sesi PdPc dimulakan di dalam kelas. Program ini melibatkan seramai 6 orang murid PPKI yang berkefungsian rendah di PPKI SJKT Paya Rumput. Data bagi pelaksanaan Program Vanakam PPKI ini adalah dengan temu bual, senarai semak dan laporan harian. Data yang dikumpul akan dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan data daripada pelaksanaan Program Vanakam PPKI selama sebulan menunjukkan perkembangan positif terhadap emosi murid. Murid menunjukkan perlakuan yang sopan dan tenang.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Viknesh a/l Ramachandran, & Daisykavani a/p Raja Mohan. (2022). Program Vanakam Pagi Dalam Pengurusan Emosi Murid PPKI. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/304