Amalan Program Cakna Emosi (ProCaksi) Dalam Kalangan Ibu Bapa Murid Disleksia di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka

Authors

  • Mohd Azmi bin Mastuki

Keywords:

Sokongan Emosi, Kesedaran Emosi, Disleksia

Abstract

Pada masa kini, semakin ramai murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran spesifik iaitu Disleksia. Namun begitu, tidak ramai ibu bapa yang menyedari masalah ini kerana kanak-kanak Disleksia mempunyai kecerdasan hampir sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia, kempen sokongan dan kesedaran tentang ciri-ciri Disleksia masih kurang di jalankan. Kebanyakan maklumat mengenai Disleksia diperolehi daripada laman web yang dimuat turun oleh penganjur program kesedaran disleksia. Bahan bacaan tentang ciri-ciri Disleksia juga sukar diperolehi menyebabkan ramai ibu bapa yang terlepas pandang atau langsung tidak menyedari wujudnya ciri-ciri Disleksia pada anak-anak mereka. Kajian-kajian mengenai Disleksia telah ada sejak sekian lama terutamanya kajian di luar negara. Kajian mengenai Disleksia banyak memfokuskan kepada golongan guru dan pengidap Disleksia itu sendiri, namun kajian dalam konteks ibu bapa kanak-kanak Disleksia masih kurang di Malaysia. Penulisan amalan baik ini bertujuan untuk perkongsian idea dan pengalaman bagi mengatasi perasaan kerisauan dan kegelisahan di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak yang mempunyai ciri disleksia di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 melalui Amalan Program Prihatin. Fokus aktiviti amalan ini ialah untuk melihat bagaimana Amalan Program Prihatin dapat meningkatkan sokongan dan kesedaran ibu bapa terhadap anak-anak yang mempunyai ciri-ciri Disleksia. Kumpulan sasaran pelaksanaan aktiviti amalan ini ialah seramai 5 orang ibu bapa murid Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam pelaksanaan aktiviti amalan ini adalah menggunakan kaedah tinjauan iaitu borang soal selidik. Dapatan data daripada aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan aktiviti amalan ini telah berjaya meningkatkan sokongan dan kesedaran ibu bapa terhadap anak-anak yang mempunyai ciri-ciri Disleksia. Kesimpulannya, diharapkan amalan terbaik ini dapat diaplikasikan kepada kumpulan sokongan ibu bapa. Terutamanya yang mempunyai anak-anak ciri-ciri Disleksia.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Mohd Azmi bin Mastuki. (2022). Amalan Program Cakna Emosi (ProCaksi) Dalam Kalangan Ibu Bapa Murid Disleksia di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/306