Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Motor Halus Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran Melalui Aktiviti Kolaj
Keywords:
Murid masalah pembelajaran, motor halus, kolaj, sensori motor, kemahiran menulisAbstract
Kemahiran motor halus merupakan elemen yang sangat penting dalam perkembangan kognitif murid masalah pembelajaran. Ia merupakan kemampuan atau kemahiran penggunaan sensori motor yang melibatkan koordinasi gerakan otot kecil berlaku. Pelaksanaan kolaj adalah salah satu cara yang dapat membantu mengatasi kegagalan penggunaan sensori motor secara optimum di kalangan murid, yang mana mereka tidak menguasai kemahiran asas manipulatif seperti memegang, menggenggam dan melakukan aktiviti tangan yang lain disebabkan oleh otot tangan yang lemah. Amalan terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid masalah pembelajaran dapat memegang pensil dengan betul dan kuat supaya dapat menulis dengan cantik dan kemas. Melalui kolaj ini murid perlu melakukan aktiviti menggumpal, merenyuk, mengoyak atau menggunting, menggentel, memintal dan menampal supaya otot tangan mereka berkembang dengan baik. Amalan ini juga membantu murid menguasai kemahiran mendengar, mengikut arahan, bekerjasama dan bersosial dengan murid lain.Amalan terbaik ini telah berjaya meningkatkan kemahiran pramenulis, menggunting dan membantu murid mewarna dengan cantik dan kemas. Secara amnya amalan terbaik ini telah berjaya meningkatkan sensori motor halus murid masalah pembelajaran. Justeru diharap amalan ini dapat diimplimenkan kepada semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Belimbing Dalam secara konsisten supaya masalah murid dalam menulis tidak kemas dapat diatasi sepenuhnya.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.