Amalan Aktiviti Berpusatkan Murid Dalam Proses Pembelajaran Sains di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menggunakan Kaedah Gallery Walk

Authors

  • Siti Aishah Binti Mohd Shariff

Keywords:

Masalah Aktiviti Pembelajaran Berpusatkan Murid, Murid Pendidikan Khas, Gallery Walk

Abstract

Penulisan amalan terbaik ini bertujuan untuk mengamalkan aktiviti murid di dalam kelas melalui teknik perbincangan secara berkumpulan iaitu berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar dan juga teks di kalangan murid Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru Melaka dengan menggunakan strategi pengajaran Gallery Walk. Ini dapat mengatasi masalah murid bersikap pasif di dalam kelas. Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi pembelajaran abad ke 21. Pembelajaran berpusatkan murid ini membolehkan pelajar untuk berhubung secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Muhammad Ridwan (2019), Kajian penyelidikan kepada pendekatan Gallery Walk adalah amalan yang telah terbukti berjaya dalam menggabungkan strategi proses pembelajaran, untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif. Fokus aktiviti amalan ini ialah untuk melihat bagaimanakah murid Pendidikan Khas melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid menggunakan strategi pembelajaran secara Gallery Walk. Guru berfungsi sebagai perancang, fasilitator, pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan belajar sepanjang tempoh pembentangan setiap kumpulan. Kumpulan sasaran perlaksanaan aktiviti amalan ini ialah seramai 6 orang murid Pendidikan Khas di kelas Sunflower pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan aktiviti amalan ini adalah menggunakan soal selidik , pemerhatian dan temubual yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan aktiviti yang dijalankan menunjukkan aktiviti amalan ini berjaya meningkatkan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dalam pembelajaran sains serta dapat menambah baik amalan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti di dalam Gallery Walk tanpa menjejaskan elemen isi kandungan DSKP kurikulum yang telah ditetapkan.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Siti Aishah Binti Mohd Shariff. (2022). Amalan Aktiviti Berpusatkan Murid Dalam Proses Pembelajaran Sains di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menggunakan Kaedah Gallery Walk. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/311