Meningkatkan Kemahiran Motor Kasar Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Pendekatan Terapi Multisensori
Keywords:
kemahiran motor kasar, murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), terapi multisensoriAbstract
Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang selalu diterapkan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran seperti masalah autisma, hiperaktif, lewat perkembangan intelektual, sindrom Down dan banyak lagi. Multisensori dikenali sebagai kaedah pelbagai deria yang melibatkan visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinestetik (pergerakan) dan tekstil (sentuhan). Terapi Multisensori ini merupakan terapi yang direka bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus, kebolehan kendiri, kebolehan bermain, psikososial serta kognitif dan konsep asas. Ianya berkesan kepada murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran (MBPK) kerana dapat meningkatkan keupayaan pelbagai deria murid untuk lebih bersedia semasa sesi pembelajaran di dalam mahupun luar kelas. Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa kemahiran motor kasar amat penting dalam kehidupan kerana ia adalah asas kepada kemahiran kognitif iaitu pemikiran dan pembelajaran secara tidak langsung telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Kekurangan kemahiran motor kasar dalam kalangan murid berkeperluan pendidkan khas (MBPK) masalah pembelajaran menjadi tunjang pada pelaksanaan terapi multisensori ini. Tujuan penulisan amalan terbaik ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan terapi multisensori dalam meningkatkan kemahiran motor kasar murid yang melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan, kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan, melompat dan sebagainya. Kumpulan sasaran perlaksanaan aktiviti amalan ini ialah seramai 5 orang murid MBPK di kelas Permata Adnin daerah Jasin pada tahun 2022. Data dikumpul menggunakan senarai semak dan pemerhatian. Hasil amalan terbaik yang diperolehi nanti akan menunjukkan keberkesanan terapi multisensori dalam meningkatkan kemahiran motor kasar MBPK serta dapat membantu guru membuat intervensi bagi menguasai potensi diri murid.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.