Amalan Terbaik Penyaringan Intervensi Matematik Dalam Kalangan Guru Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah

Authors

  • Nafisah Baharom

Keywords:

Penyaringan, Murid Masalah Pembelajaran, Intervensi Matematik, Pengesanan

Abstract

Penyaringan merupakan satu mekanisme yang menyasarkan keperluan intervensi murid masalah pembelajaran dengan menyediakan pendidikan berasaskan bukti saintifik. Ia merupakan langkah pertama dalam mengenal pasti murid yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Dalam konteks intervensi matematik, penyaringan digunakan sebagai satu proses pengesanan awal murid yang bergelut untuk menguasai kemahiran asas matematik supaya satu program instruksional berasaskan sumber dan pengajaran intervensi matematik yang bersesuaian dapat disediakan. Amalan terbaik penyaringan intervensi matematik yang dijalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kem Terendak 2 dijalankan bertujuan untuk memastikan proses pengesanan awal murid masalah pembelajaran sebelum intervensi matematik yang bersesuaian dengan keperluan murid dirancang. Amalan terbaik tersebut mengetengahkan 3 elemen utama penyaringan intervensi matematik iaitu proses pengesanan, persetujuan pihak berkaitan dan kategori murid masalah pembelajaran. Hasil amalan intervensi matematik yang dijalankan telah berjaya memberikan impak positif terhadap pelaksanaan intervensi matematik murid masalah pembelajaran dari segi penjimatan masa dan keputusan berasaskan data. Justeru, adalah dicadangkan agar amalan terbaik intervensi matematik berasaskan ketiga-tiga elemen (kategori murid, persetujuan pihak berkaitan dan pengesanan) perlu diberi pertimbangan secara kolektif semasa perlaksanaan intervensi matematik murid masalah pembelajaran di sekolah melalui perbincangan secara ilmiah dan berterusan sebagai salah satu proses pemindahan maklumat dan pembelajaran dalam skop pelaksanaan intervensi matematik murid masalah pembelajaran di Malaysia.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Nafisah Baharom. (2022). Amalan Terbaik Penyaringan Intervensi Matematik Dalam Kalangan Guru Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/315