Nota Resepi Bergambar (NRB) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang Tidak Boleh Membaca di PPKI SMK Malim

Authors

  • Jamiah Tulisman

Keywords:

Kemahiran Membaca, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Pembuatan Roti, Nota Resepi Bergambar (NRB)

Abstract

Amalan Terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tidak boleh membaca dalam membuat penyediaan amali Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) pembuatan roti. Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam memperluaskan ilmu pengetahuan seseorang. Kegagalan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan MBPK menyebabkan proses penerimaan ilmu menjadi tersekat dan terbatas. Bagi MBPK yang mengambil mata pelajaran vokasional khususnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mencabar apabila silibus mata pelajaran adalah berasaskan kemahiran dan aktiviti amali. Amalan terbaik Penggunaan Nota Resepi Bergambar (NRB) telah dijadikan inisiatif untuk MBPK mengetahui dan memahami cara penyediaan pembuatan roti, donat dan piza. Fokus amalan pengajaran ini adalah menggunakan kaedah bergambar dalam aktiviti amali sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terhadap MBPK yang tidak boleh membaca. Kumpulan sasaran untuk pelaksanaan kaedah ini adalah seramai 4 orang MBPK dalam Kelas PK Arif di PPKI SMK Malim yang tidak boleh membaca dan terlibat dengan kelas Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) pembuatan roti pada tahun 2021. Data diperoleh melalui pemerhatian dan temubual di sepanjang waktu amali sesi pengajaran dan pembelajaran serta dianalisis secara kualitatif dan dilaporkan secara deskriptif. Amalan terbaik menggunakan NRB ini didapati berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman MBPK dalam penyediaan amali KVS pembuatan roti. Diharapkan Amalan Terbaik ini dapat merungkai sebuah lagi teknik pengajaran yang berkesan untuk diaplikasikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan MBPK yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan membaca.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Nota Resepi Bergambar (NRB) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang Tidak Boleh Membaca di PPKI SMK Malim. (2022). Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/321