Meningkatkan Kemahiran Menternak Lebah Kelulut Dengan Menggunakan “Kaedah 1..2..3..” Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Berkefungsian Rendah

Authors

  • Mohd Hadir Bin Hj Mahat

Keywords:

menternak kelulut, Murid berkefungsian rendah, Kerjaya

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana peningkatan murid berkeperluan khas menternak lebah kelulut yang dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SMK Tun Haji Abdul Malek Cheng Melaka. Objektif kajian ialah mengenal pasti mudahnya menternak kelulut dari segi 1. minat, 2. kefahaman, 3. pengaplikasian dan kemahiran menternak kelulut dengan cara yang mudah mengikut senarai semak penternakan kelulut yang disediakan.Data-data dikumpul menggunakan sesi temu bual separa berstruktur. Seramai 3 orang murid berkeperluan khas kefungsian rendah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kualitatif . Kaedah pemerhatian ke atas responden dijalankan ketika latihan amali di dalam kebun penternakan kelulut semasa proses PdPC berlaku. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran menternak lebah kelulut dengan cara mudah daripada dimensi akan melihat pencapaian objektif terhadap murid berkeperluan khas setelah tamat persekolahan. Modul konseptual kurikulum program pendidikan khas integrasi (pembelajaran) menjadi asas pembelajaran seiring dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran bekerjaya perlu dititik beratkan dalam kurikulum pendidikan khas, bagi melahirkan murid yang berupaya, berkemahiran dan berkerjaya.

 

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Mohd Hadir Bin Hj Mahat. (2022). Meningkatkan Kemahiran Menternak Lebah Kelulut Dengan Menggunakan “Kaedah 1.2.3.” Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Berkefungsian Rendah. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/322