Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik en-US publication@seameosen.edu.my (Research and Innovation Division SEAMEO SEN) publication@seameosen.edu.my (Research and Innovation Division SEAMEO SEN) Fri, 09 Dec 2022 00:00:00 +0000 OJS 3.3.0.13 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Teknik Kod Digit Muzik: Memudahkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Bermain Alat Muzik https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/281
Teknik Kod Digit Muzik dijalankan bertujuan untuk memudahkan kefahaman Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kuala Linggi dalam memahami nota lagu yang akan mereka mainkan menggunakan alat muzik angklung dan caklempong. Tinjauan awal yang dibuat mendapati murid-murid ini amat sukar untuk memahami nota lagu yang mengakibatkan mereka sukar untuk memainkan alat muzik dengan baik. Perkataan “DIGIT” merujuk kepada sebarang nombor daripada 0 hingga 9. Dalam teknik ini, nota lagu dalam bentuk abjad “C, D, E, F, G, A, B dan C” ditukarkan kepada sistem nombor “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8” bagi memudahkan kefahaman murid. Teknik Kod Digit Muzik telah membuktikan murid dapat bermain alat muzik dengan baik mengikut not lagu berpandukan arahan mudah oleh guru selain dapat meningkatkan fokus dan koordinasi mata dan tangan mereka. Cara ini membolehkan masa untuk mereka menguasai sesuatu lagu yang dimainkan menjadi lebih singkat. Selain itu, ada dalam kalangan murid ini yang berkeupayaan untuk menjadi konduktor kepada rakan-rakan mereka dalam memainkan alat muzik. Teknik ini diharap dapat digunakan untuk membantu MBPK dalam memainkan alat muzik lain dengan baik dan yakin.
Aiman Sabaryni Yahya Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/281 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Program Sekolahku Syurgaku: Program Meningkatkan Peratusan Kehadiran Dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/297
Kehadiran murid ke sekolah merupakan salah satu elemen penting dalam keberhasilan dan kemenjadian murid. Hadir lewat dan juga ponteng ke sekolah merupakan fenomena biasa yang sering berlaku dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Fenomena ini akan memberi kesan terhadap peratusan kehadiran kelas PPKI dan secara tidak langsung akan menjejaskan keseluruhan peratusan kehadiran sekolah. Program Sekolahku Syurgaku dijalankan untuk meningkatkan peratusan kehadiran murid PPKI ke sekolah. Program Sekolahku Syurgaku ini dilaksanakan ke atas Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SK Gangsa dengan memperkenalkan Dashboard Kehadiran yang dipaparkan di sudut Sekolahku Syurgaku. Dashboard kehadiran ini merangkumi katagori-katagori berikut iaitu kehadiran penuh murid,murid terbaik,kelas terbaik dan peratus kehadiran mengikut bulan semasa. Pelaksanaan amalan baik ini telah berjaya meningkatkan peratusan kehadiran murid MBPK serta dapat menambahbaik amalan kehadiran murid MBPK ke sekolah. Di samping itu, amalan terbaik ini didapati mampu membantu guru pendidikan khas untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Amalan terbaik ini diharapkan diimplimentasikan terhadap semua murid MBPK SK Gangsa secara konsisten supaya masalah ketidakhadiran murid dapat diatasi sepenuhnya.
Norsham binti Hasan Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/297 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Motor Kasar Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Pendekatan Terapi Multisensori https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/313
Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang selalu diterapkan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran seperti masalah autisma, hiperaktif, lewat perkembangan intelektual, sindrom Down dan banyak lagi. Multisensori dikenali sebagai kaedah pelbagai deria yang melibatkan visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinestetik (pergerakan) dan tekstil (sentuhan). Terapi Multisensori ini merupakan terapi yang direka bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus, kebolehan kendiri, kebolehan bermain, psikososial serta kognitif dan konsep asas. Ianya berkesan kepada murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran (MBPK) kerana dapat meningkatkan keupayaan pelbagai deria murid untuk lebih bersedia semasa sesi pembelajaran di dalam mahupun luar kelas. Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa kemahiran motor kasar amat penting dalam kehidupan kerana ia adalah asas kepada kemahiran kognitif iaitu pemikiran dan pembelajaran secara tidak langsung telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Kekurangan kemahiran motor kasar dalam kalangan murid berkeperluan pendidkan khas (MBPK) masalah pembelajaran menjadi tunjang pada pelaksanaan terapi multisensori ini. Tujuan penulisan amalan terbaik ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan terapi multisensori dalam meningkatkan kemahiran motor kasar murid yang melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan, kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan, melompat dan sebagainya. Kumpulan sasaran perlaksanaan aktiviti amalan ini ialah seramai 5 orang murid MBPK di kelas Permata Adnin daerah Jasin pada tahun 2022. Data dikumpul menggunakan senarai semak dan pemerhatian. Hasil amalan terbaik yang diperolehi nanti akan menunjukkan keberkesanan terapi multisensori dalam meningkatkan kemahiran motor kasar MBPK serta dapat membantu guru membuat intervensi bagi menguasai potensi diri murid.
Noor Syamiza binti Wahid Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/313 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Golden Dream Wheel Meningkatkan Kehadiran dan Kefahaman Murid Berkeperluan Pendidikan Khas https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/288
Golden Dream Wheel (GDW) ialah sistem ganjaran atau token ekonomi yang digunakan bagi menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah. GDW digunakan bagi mengubah tingkahlaku yang tidak diingini serta menarik minat murid mengikuti kelas sekaligus meningkatkan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Golden Dream Wheel merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru). Murid akan diberi markah bagi setiap kali hadir ke sekolah dan markah juga akan diberikan bagi setiap tugasan yang dibuat dan jawapan yang betul bagi kuiz yang diberikan. Markah akan direkodkan dalam GDW untuk dikumpulkan bagi satu tempoh masa. Markah yang dikumpulkan akan ditukar kepada bahan maujud yang disukai murid seperti wang ringgit, alat tulis, makanan dan lain-lain yang dipersetujui oleh murid dan guru. Dengan menggunakan amalan baik ini, murid sentiasa memberikan fokus pada sesi pembelajaran bagi membolehkan mereka mendapat markah yang boleh ditukar dengan ganjaran. GDW bertujuan untuk untuk meningkatkan kehadiran murid sekaligus dapat meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc). Melalui amalan terbaik ini, peratus kehadiran murid meningkat dan dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran yang diajar. Golden Dream Wheel yang dihasilkan ini merupakan satu nilai tambah dalam membantu meningkatkan peratus kehadiran murid, serta meningkatkan kefahaman murid. Diharap amalan terbaik ini dapat membantu guru- guru pendidikan khas dalam menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah.
Intan Norzira binti Tormudzi Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/288 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Program Vanakam Pagi Dalam Pengurusan Emosi Murid PPKI https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/304
Emosi secara amnya ditakrifkan sebagai tindak balas seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan juga persekitaran. Kecelaruan emosi atau gangguan emosi dalam kalangan murid berkeperluan khas terutamanya pada waktu pagi menjadi cabaran utama warga pendidik dalam menjalankan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam kelas. Murid-murid bekeperluan khas yang mengalamai gangguan emosi berkecenderungan menunjukan tingkah laku yang kurang sesuai dan berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu PdPc. Memahami dan mengurus emosi murid yang sememangnya mempunyai pelbagai ketidakupayaan adalah penting kerana kelancaran rutin harian murid tersebut bergantung sepenuhnya pada emosi murid tersebut pada waktu pagi. Oleh yang demikian penulisan amalan terbaik ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan “PROGRAM VANAKAM PPKI”dalam menangani isu kecelaruan emosi dalam kalangan murid berkeperluan khas di SJKT Paya Rumput. Program ini merangkumi rangkaian aktiviti yang pelbagai agar dapat merangsang emosi murid yang lebih stabil sebelum sesuatu sesi PdPc dimulakan di dalam kelas. Program ini melibatkan seramai 6 orang murid PPKI yang berkefungsian rendah di PPKI SJKT Paya Rumput. Data bagi pelaksanaan Program Vanakam PPKI ini adalah dengan temu bual, senarai semak dan laporan harian. Data yang dikumpul akan dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan data daripada pelaksanaan Program Vanakam PPKI selama sebulan menunjukkan perkembangan positif terhadap emosi murid. Murid menunjukkan perlakuan yang sopan dan tenang.
Viknesh a/l Ramachandran, Daisykavani a/p Raja Mohan Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/304 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Dalam Bidang Pertanian Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/320
Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk lebih daripada 32 juta orang dan 2 juta orang daripadanya ialah golongan Orang Kelainan Upaya(OKU). Cabaran paling besar golongan kelainan upaya adalah persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan kepercayaan dalam masyarakat. Perkembangan sosial dan kerjaya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bergantung kepada sokongan dan peluang yang diberikan oleh masyarakat di sekeliling mereka. Tujuan amalan terbaik ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas(MBPK) melalui pembelajaran berasaskan projek. Amalan ini dijalankan di SMK Hang Kasturi (SMKHK) pada tahun 2017 sehingga kini. Pada tahun 2022, ia melibatkan seramai 7 orang murid. Data yang dikumpulkan dalam amalan terbaik ini dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian. Dapatan amalan terbaik ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SMKHK melalui pembelajaran berasaskan projek mengikut skop kerja yang sebenar. Malahan melalui amalan terbaik juga, dapat menambah baik amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPc) yang dirancang oleh guru terutama dari aspek mengendali latihan murid, mengurus stok dan pembelian barangan, melatih murid mengendali peralatan dan bahan dengan betul dan selamat serta menyelia keselamatan murid, peralatan dan bahan pertanian yang digunakan. Diharapkan melalui kemahiran pertanian yang dipelajari dari pembelajaran berasaskan projek oleh MBPK ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan sebagai sumber pekerjaan bagi golongan ini pada masa hadapan.
Azni Norzanee Binti Mokhtar, Mohd Khaidir Bin Othman Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/320 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Penguasaan Membaca Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Menggunakan “Permainan Roda Citra Warna’’ https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/278
Membaca merupakan aktiviti memerhati sesuatu cetakan dengan pemahaman terhadap makna kandungan. Membaca penting untuk meningkatkan kebolehan seseorang murid membunyikan sesuatu perkataan, intonasi, jeda dalam pembacaan dan kelancaran bahasa yang betul seterusnya meningkatkan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan bacaan yang merupakan proses dinamik dalam diri seseorang murid. Permainan Roda Citra Warna ialah satu kaedah baharu yang dicipta bagi membantu murid -murid bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah membaca di Sekolah Kebangsaan Lesong Batu, Alor Gajah, Melaka. Pelaksanaan amalan terbaik ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah membaca dan menambah baik amalan pengajaran kemahiran membaca mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui pemerhatian dan pengalaman guru, murid bermasalah pembelajaran lemah dalam kemahiran membaca kerana kurang upaya pembelajaran yang mereka hadapi. Permainan Roda Citra Warna merupakan kad roda perkataan yang dicipta bagi mewujudkan motivasi dan minat murid bermasalah pembelajaran untuk membaca melalui aktiviti bermain, sejajar dengan naluri kanak-kanak yang suka bermain. Melalui amalan terbaik ini, beberapa aspek motivasi telah dapat ditonjolkan oleh murid melalui tingkah laku kognitif dan afektif serta peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, meningkatkan motivasi belajar seterusnya berupaya meningkatkan prestasi murid bermasalah pembelajaran khususnya.
Zaiwiyah binti Omar Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/278 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Disiplin Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/295
Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti merupakan mata pelajaran kemahiran untuk Murid Bermasalah Pembelajaran pada peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini melibatkan latihan amali yang perlu dilakukan oleh murid Pendidikan Khas yang mengikuti kelas KVS Asas Roti. Pembelajaran KVS Asas Roti merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru) bertujuan untuk meningkatkan disiplin murid seperti mendengar arahan, meningkatkan tahap kebersihan ketika membuat roti dan hadir ke sekolah setiap hari. Hal ini kerana murid sering kali mengabaikan arahan yang diberikan oleh guru menyebabkan mereka tidak mematuhi arahan dan peraturan ketika membuat roti. Amalan terbaik yang diketengahkan ini merupakan satu nilai tambah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah menengah. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru-guru PPKI untuk memantapkan disiplin murid PPKI, sekaligus program ini dapat meningkatkan kecemerlangan kepada murid dalam bidang kemahiran pada masa akan datang.
Zatur Rawihah binti Ab. Rahman Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/295 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Amalan Aktiviti Berpusatkan Murid Dalam Proses Pembelajaran Sains di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menggunakan Kaedah Gallery Walk https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/311
Penulisan amalan terbaik ini bertujuan untuk mengamalkan aktiviti murid di dalam kelas melalui teknik perbincangan secara berkumpulan iaitu berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar dan juga teks di kalangan murid Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru Melaka dengan menggunakan strategi pengajaran Gallery Walk. Ini dapat mengatasi masalah murid bersikap pasif di dalam kelas. Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi pembelajaran abad ke 21. Pembelajaran berpusatkan murid ini membolehkan pelajar untuk berhubung secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Muhammad Ridwan (2019), Kajian penyelidikan kepada pendekatan Gallery Walk adalah amalan yang telah terbukti berjaya dalam menggabungkan strategi proses pembelajaran, untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif. Fokus aktiviti amalan ini ialah untuk melihat bagaimanakah murid Pendidikan Khas melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid menggunakan strategi pembelajaran secara Gallery Walk. Guru berfungsi sebagai perancang, fasilitator, pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan belajar sepanjang tempoh pembentangan setiap kumpulan. Kumpulan sasaran perlaksanaan aktiviti amalan ini ialah seramai 6 orang murid Pendidikan Khas di kelas Sunflower pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan aktiviti amalan ini adalah menggunakan soal selidik , pemerhatian dan temubual yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan aktiviti yang dijalankan menunjukkan aktiviti amalan ini berjaya meningkatkan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dalam pembelajaran sains serta dapat menambah baik amalan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti di dalam Gallery Walk tanpa menjejaskan elemen isi kandungan DSKP kurikulum yang telah ditetapkan.
Siti Aishah Binti Mohd Shariff Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/311 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KV Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Teknik BAYI https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/286
aktiviti membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Murid bermasalah pembelajaran sinonim dengan sikap mudah bosan dan sukar fokus ketika belajar. Senario ini berlaku kerana hilang upaya pembelajaran yang mereka hadapi seperti lewat perkembangan, Autisma, Haiperaktif dan banyak lagi. Oleh kerana itu, pengamal(guru) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik melalui Teknik BAYI. Apabila murid seronok belajar, daya tumpuan pasti meningkat dan penguasaan pembelajaran juga akan meningkat. Teknik BAYI mempunyai banyak keluarga suku kata, namun amalan terbaik pada tahun ini memberi fokus kepada murid tahun dua di mana mereka perlu menguasai suku kata kv. Kaedah ini telah berjaya menjadikan murid lebih cepat menguasai bacaan suku kata kv daripada kadar biasa. Apabila murid telah menguasai suku kata kv maka mudahlah guru untuk mengajar suku kata yang lain, frasa, ayat tunggal dan topik membaca seterusnya. Penggunaan Teknik BAYI membuatkan murid seronok belajar dan guru seronok mengajar.
Norbaidura Hainie Bt Badrul Hisham Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/286 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Sosial Murid Autisme Melalui Sukan Stacking https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/302
Autism Spectrum Disorder (ASD) juga dikenali sebagai Autisme adalah satu kecelaruan perkembangan yang menjejaskan perkembangan seseorang individu khususnya dalam kemahiran sosial. Murid autisme sering kali mempunyai masalah dalam bersosial dengan orang di sekeliling. Ini kerana ciri-ciri mereka sendiri yang lebih cenderung bersendirian dan kurang berinteraksi dengan orang di sekeliling. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kemahiran sosial murid autisme adalah melalui sukan stacking. Melalui sukan stacking ini, ia dapat meningkatkan kemahiran sosial murid autisme dengan rakan-rakan disekelilingnya serta rakan-rakan di aliran perdana. Di samping itu, sukan ini juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya dengan guru-guru sama ada guru pendidikan khas atau guru di aliran perdana. Secara kesimpulannya, antara salah satu cara bagi membantu guru-guru meningkatkan tahap sosial murid autisme dengan orang di sekeliling adalah melalui sukan stacking. Diharapkan melalui sukan stacking ini, ia dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan tahap sosial murid-murid autisme.
Norhedayu Binti Abd Hamid Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/302 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Memperkasakan Program Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menerusi Program Berkembar Bersama Pusat Bertauliah https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/318
Sijil Kemahiran Malaysia merupakan satu program persijilan dalam pelbagai bidang kemahiran yang didapati dapat membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) membina laluan kerjaya mereka terutamanya dalam bidang industri.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mencapai sesebuah sekolah yang diiktiraf sebagai pusat bertauliah. Program ini dijalankan di pusat bertauliah iaitu Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dengan kerjasama Sektor Pendidikan Khas Negeri Melaka menerusi lima buah sekolah yang terlibat bermula pada tahun 2020 hingga 2022. Fokus program ini adalah untuk melatih MBK dalam bidang kemahiran dan seterusnya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kumpulan sasaran di dalam program ini adalah seramai 24 orang murid dan 10 orang guru. Data yang dikumpul dalam program ini adalah menggunakan temu bual, rakaman video dan soal selidik yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan data amalan terbaik ini, menunjukkan program ini telah berjaya membantu MBPK seramai 24 orang yang telah ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pembuatan Pastri. Selain itu, program ini juga dapat membantu guru-guru Pendidikan Khas di negeri Melaka dalam melahirkan lebih ramai MBPK dalam membina laluan kerjaya dalam bidang industri.
Nazarinar binti Seman@Jaafar Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/318 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme di Peringkat Sekolah Rendah https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/293
Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan terbaik bagi mengurus tingkah laku kanak-kanak autisme di peringkat Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKI) sekolah rendah. Tinjauan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan perbualan dengan beberapa orang guru PPKI di sekolah rendah. Hasil tinjauan mendapati tahap pengetahuan guru tentang amalan terbaik dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak autisme adalah tinggi. Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga telah menunjukkan bentuk amalan yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan Pengurusan Tingkah Laku (PTL) kanak-kanak autisme adalah di tahap sederhana. Manakala hasil tinjauan tentang cabaran telah menunjukkan guru berhadapan dengan cabaran daripada pihak sekolah untuk menghadiri kursus dan pengajaran pendidikan khas dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku. Secara keseluruhan, hasil keputusan tinjauan menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengetahuan, bentuk amalan dan cabaran dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak autisme di antara guru lelaki dan perempuan diperingkat sekolah rendah. Di samping itu, dapatan tinjauan membuktikan bentuk amalan terbaik dalam mengurus tingkah laku terhadap kanak-kanak autisme tidak dipengaruhi oleh jantina atau pengalaman guru mengajar. Hasil tinjauan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang diantara pengetahuan tentang amalan intervensi dengan kaedah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang digunakan oleh guru dalam pelaksanaan pengurusan tingkah laku kanak-kanak autisme. Implikasi utama tinjauan ini ialah membolehkan semua pihak yang terlibat dalam mengurus tingkah laku seperti ibu bapa, guru, sekolah dan Sektor Pendidikan Khas dapat mengesani kekurangan dan halangan dalam pelaksanaan program pengurusan tingkah laku seterusnya mendapatkan kaedah atau cara amalan terbaik yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.
Hezlie Noorshyam bin Abu Samah Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/293 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Motor Halus Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran Melalui Aktiviti Kolaj https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/309
Kemahiran motor halus merupakan elemen yang sangat penting dalam perkembangan kognitif murid masalah pembelajaran. Ia merupakan kemampuan atau kemahiran penggunaan sensori motor yang melibatkan koordinasi gerakan otot kecil berlaku. Pelaksanaan kolaj adalah salah satu cara yang dapat membantu mengatasi kegagalan penggunaan sensori motor secara optimum di kalangan murid, yang mana mereka tidak menguasai kemahiran asas manipulatif seperti memegang, menggenggam dan melakukan aktiviti tangan yang lain disebabkan oleh otot tangan yang lemah. Amalan terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid masalah pembelajaran dapat memegang pensil dengan betul dan kuat supaya dapat menulis dengan cantik dan kemas. Melalui kolaj ini murid perlu melakukan aktiviti menggumpal, merenyuk, mengoyak atau menggunting, menggentel, memintal dan menampal supaya otot tangan mereka berkembang dengan baik. Amalan ini juga membantu murid menguasai kemahiran mendengar, mengikut arahan, bekerjasama dan bersosial dengan murid lain.Amalan terbaik ini telah berjaya meningkatkan kemahiran pramenulis, menggunting dan membantu murid mewarna dengan cantik dan kemas. Secara amnya amalan terbaik ini telah berjaya meningkatkan sensori motor halus murid masalah pembelajaran. Justeru diharap amalan ini dapat diimplimenkan kepada semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Belimbing Dalam secara konsisten supaya masalah murid dalam menulis tidak kemas dapat diatasi sepenuhnya.
Akmal binti Shafie Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/309 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Asas Matematik Dalam Operasi Tambah Menggunakan Kaedah Lidi Bewarna Kepada Murid Bermasalah Pembelajaran Berkefungsian Rendah https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/284
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi kelemahan utama masalah murid-murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kategori Berkefungsian Rendah (Low Function) dalam mengingati operasi tambah dua digit dalam mata pelajaran Matematik. Seramai lapan orang murid kelas PPKI Uranus 3 dari SMK Suria Perdana Parit Raja dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan matedologi kajian bercampur dengan kaedah eksperimental, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur dijalankan bagi mengumpul data dan analisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan terhadap pencapaian dengan min ujian pra ialah min=3.25 manakala ujian pos min=7.5. Data dari pemerhatian pula menunjukkan minat dan fokus murid meningkat selepas menggunakan kaedah Lidi Berwarna dalam pengiraan operasi tambah dua digit. Hasil temubual juga mendapati bahawa tiga kata kunci yang positif iaitu ‘senang’, ‘nampak’ dan ‘cepat’. Kajian tindakan ini adalah penting untuk para guru pendidikan khas mempelbagai cara dan keadah pengajaran mereka bagi membantu murid PPKI Kefungsian Rendah mengingat dan meningkatkan rasa seronok dan fokus murid di dalam kelas.
Muhamad Kashfi Bin Mahali, Ahmad Aidil Bin Abu Ziden Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/284 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kehadiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ke Sekolah Dengan Menggunakan Kit Guru Penyayang https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/300
Program Guru Penyayang merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Kit guru penyayang merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru) bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid bekeperluan pendidikan khas ke sekolah. Kit guru penyayang adalah satu intervensi untuk meningkatkan kehadiran dan keseronokan murid untuk ke sekolah. Kit ini membudayakan guru mengamalkan amalan guru penyayang. Butiran diri murid disertakan dalam kit ini sebagai panduan kepada guru untuk lebih mendekati murid. Penggunaan peneguhan positif iaitu token dilaksanakan bagi memberi galakan dan motivasi kepada murid untuk belajar. Segala pencapaian dan pengiktirafan yang diterima murid sama ada di peringkat kelas, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan disertakan dalam kit ini. Beberapa peningkatan dapat ditonjolkan oleh murid melalui penggunaan kit guru penyayang secara berterusan di sekolah. Antaranya adalah peningkatan dalam akademik, koakademik dan sahsiah. Kit guru penyayang yang dihasilkan ini merupakan satu nilai tambah dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru-guru pendidikan khas untuk meningkatkan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah.
Nurul Safura binti Rosli Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/300 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Penggunaan Kain Pengelap Dapur Berwarna https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/316
Kebersihan adalah perkara yang paling penting dalam penyediaan makanan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Kain pengelap merupakan salah satu alatan pembersihan untuk membersihkan bengkel masakan. Kain pengelap ada tiga jenis iaitu kain pengelap tangan, kain pengelap alatan dan juga kain pengelap meja kerja atau dapur. Murid seringkali menghadapi kesukaran untuk membezakan ketiga-tiga jenis kain pengelap seterusnya menggunakan kain pengelap yang tidak sesuai apabila melakukan pembersihan semasa aktiviti amali di bengkel. Penggunaan kain pengelap yang salah boleh menyebabkan pencemaran silang semasa proses pengendalian makanan. Penggunaan kaedah kod warna untuk membezakan ketiga-tiga jenis kain pengelap tersebut iaitu warna kuning mewakili kain pengelap tangan, warna merah mewakili kain pengelap peralatan dan warna hijau pula untuk kain lap meja kerja atau dapur merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh guru. Penggunaan kod warna yang berlainan untuk mengenalpasti jenis kain pengelap sangat membantu murid untuk membezakan kain pengelap mengikut fungsinya sekaligus membantu murid menggunakan kain pengelap yang betul untuk mengelap peralatan, mengelap dapur atau meja kerja dan juga mengelap tangan ketika melakukan amali di bengkel.
Ummu Balkhis Binti Mohamed Taib Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/316 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Pencapaian Bahasa Inggeris Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Dengan Menggunakan Kaedah Video Muzik https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/291
Pembelajaran bagi setiap murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) adalah berbeza-beza terutamanya jika murid terdedah kepada sesuatu yang baru seperti penggunaan Bahasa Inggeris. Dari pemerhatian awal guru, kebanyakan MBPK gagal untuk menguasai mata pelajaran ini disebabkan keupayaan kognitif mereka yang amat terhad dan juga penggunaan bahasa yang tidak difahami. Untuk mengatasi masalah ini kaedah penggunaan video muzik telah digunakan untuk membantu MBPK dalam meningkatkan pencapaian dan menarik minat mereka di mana gabungan audio visual yang berwarna - warni di dalam video muzik yang dipaparkan berupaya merangsang pemikiran dan menarik minat MBPK semasa pembelajaran Bahasa Inggeris. Kaedah ini lebih memudahkan mereka untuk memahami mesej yang ingin disampaikan semasa sesi pengajaran. Pelaksanaan amalan terbaik ini dijalankan dengan menggunakan format laporan amalan terbaik yang melibatkan 5 orang MBPK (masalah pembelajaran) dari kelas Sinaran 3 di Sekolah Kebangsaan Malim Melaka pada tahun 2018. Data yang dikumpulkan melalui ujian pra dan pos dianalisis secara kualitatif dan borang pemerhatian digunakan bagi melihat kecenderungan minat MBPK terhadap kaedah yang digunakan. Dapatan dari amalan terbaik ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian dan juga minat murid dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan penggunaan video muzik boleh menimbulkan minat dan meningkatkan pencapaian MBPK di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Diharap dapatan dari kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah video muzik sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBB) dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas.
Jamilahbi Binti Mohamed Ishaque Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/291 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Intervensi Amalan Zikir dan Analisis Kesejahteraan Subjektif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/307
Kesejahteraan subjektif atau kehidupan yang baik merupakan impian setiap individu termasuk murid pendidikan khas. Ke arah pembangunan kehidupan yang lestari dan mampan, elemen kesejahteraan subjektif merupakan salah satu agenda yang diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Namun, murid pendidikan khas memperlihatkan ciri-ciri kesejahteraan subjektif yang terhad berbanding murid-murid tipikal. Hal ini mengakibatkan perkembangan emosi, tingkah laku serta proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas terganggu. Oleh itu, intervensi amalan zikir telah digunakan sebagai amalan terbaik bagi membantu kesejahteraan subjektif murid pendidikan khas khususnya daripada aspek emosi dan tingkah laku. Seramai 30 orang murid pendidikan khas yang beragama Islam, dua orang guru pendidikan khas dan tiga orang ibu bapa telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Semua kumpulan sasaran amalan terbaik ini merupakan warga SMK Dato` Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka pada tahun 2022. Data amalan terbaik ini diperolehi melalui pemerhatian terhadap murid pendidikan khas. Kaedah temu bual separa berstruktur pula dijalankan kepada guru pendidikan khas dan ibu bapa dalam proses pengumpulan data. Dapatan amalan terbaik ini turut disokong dengan analisis terhadap dokumen Rancangan Pendidikan Individu, senarai semak tingkah laku, senarai semak amalan kebaikan, maklumat Sistem Sahsiah Diri Murid dan gambar-gambar aktiviti murid pendidikan khas. Data yang diperolehi dianalisis dengan diberikan kod, kategori dan tema. Hasil dapatan amalan terbaik ini memaparkan murid pendidikan khas yang melalui intervensi amalan zikir kelihatan lebih tenang dari sudut emosi. Dari aspek tingkah laku pula, murid lebih mudah mematuhi arahan dan menunjukkan perkembangan tingkah laku yang semakin positif. Kesimpulan, pelaksanaan amalan terbaik ini memberi implikasi dari aspek pembelajaran dan pemudahcaraan bagi murid pendidikan khas.
Nurhasyimah Binti Mohd Salleh Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/307 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Pengetahuan Maklumat Transisi ke Kerjaya Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Menerusi Kaedah Sticky Note PTK https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/323
Kebolehpasaran kini merupakan satu elemen penting dalam keberhasilan murid berkeperluan pendidikan khas. Bagi membolehkan murid tersebut memasuki alam pekerjaan, BPKhas telah mewujudkan satu program yang dikenali sebagai Transisi ke Kerjaya (PTK). Program ini bukan subjek baharu tetapi lebih merupakan sisipan yang memberi nilai tambah dalam setiap mata pelajaran yang dirasakan sesuai oleh pihak guru semasa menjalankan PdPc. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran bagi guru dan murid untuk mengenal pasti elemen-elemen yang bersesuaian untuk disisipkan dalam PdPC. Pada masa yang sama juga, murid tidak cakna berkenaan sisipan ini kerana disebut sepintas lalu. Menerusi amalan ini, guru dapat mengenal pasti elemen PTK sekaligus dapat merangka aktiviti PTK yang bersesuaian dengan tahap murid. Kaedah ini juga membantu memudahkan proses penilaian PTK sebelum murid menamatkan sesi persekolahan. Kaedah ini juga mampu meningkatkan penguasaan murid dalam elemen PTK serta dapat menambah baik amalan guru dalam proses PdPc di dalam kelas dari segi aspek merangka, menilai dan mentaksir murid tanpa menjejaskan isi kandungan DSKP kurikulum yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Mohd Arshad bin Yahya Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/323 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Kaedah Adam dapat Meningkatkan Kemahiran Bertutur Murid Kefungsian Rendah dengan Menggunakan Kaedah Picture Exchange Communication System (PECS) https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/282
Fokus kajian ini adalah untuk memperbaiki kemahiran bertutur murid bermasalah kefungsian rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai penggunaan Kaedah Adam dalam merangsang murid bermasalah pendengaran untuk bertutur. Terdapat tiga aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu kekerapan responden bertutur ketika berada di dalam dan di luar bilik darjah, tingkah laku responden yang mempengaruhi kebolehannya bertutur dan ujian bertemakan haiwan untuk merangsang responden bertutur. Responden kajian terdiri daripada seorang murid Pendidikan Khas bermasalah pendengaran ringan. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan instrumen ujian, pemerhatian dan senarai semak. Dapatan daripada analisis data pasca menunjukkan peningkatan positif dalam setiap aspek yang dikaji. Aspek kekerapan bertutur menunjukkan peningkatan antara dua hingga enam peratus. Aspek tingkah laku pula menunjukkan penurunan tingkah laku negatif responden antara 20 hingga 40 peratus. Responden juga telah berjaya menjawab empat daripada lima soalan ujian yang digunakan sebagai aspek ketiga yang dikaji. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan Kaedah Adam dapat merangsang murid bermasalah pendengaran bertutur. Rumusannya, kajian ini berkesan dalam merangsang murid bertutur melalui kaedah kad gambar yang digunakan sebagai alat kajian utama dalam Kaedah Adam.
Norrafidah binti Abu Samah Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/282 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Motivasi Belajar Menggunakan Token Ekonomi Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/298
Token ekonomi merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam meningkatkan motivasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Perlaksanaan token ekonomi dijalankan bertujuan meningkatkan motivasi belajar murid masalah pembelajaran semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Amalan ini dijalankan melibatkan 5 orang murid masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu. Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan temu bual sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui amalan penggunaan token ekonomi ini telah dapat meningkatkan motivasi belajar murid dari segi daya tumpuan, keyakinan diri dan keseronokan belajar. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Khas untuk meningkatkan motivasi belajar murid sekaligus berupaya meningkatkan kecemerlangan kepada murid. Keseluruhannya, motivasi belajar murid berkeperluan pendidikan khas semasa belajar dapat dipertingkatkan di dalam kelas dengan memilih teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan murid.
Nurul Hidayah binti Ismail Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/298 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Kaedah Cepat Baca https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/314
Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Kemahiran membaca juga merupakan jambatan kepada ilmu dan pengetahuan. Kelemahan murid dalam membaca menyebabkan mereka tidak memahami perkara yang dibaca seterusnya menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses pembelajaran. Ia juga memberi kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam semua mata pelajaran. Kaedah membaca yang tidak bersesuaian menyebabkan murid merasa cepat bosan, kurang minat dan berkemungkinan cepat mengantuk ketika membaca. Penulisan amalan terbaik ini adalah untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Sekolah Kebangsaan Pernu, Melaka menggunakan kaedah cepat baca di bawah Program Celik Membaca. Kumpulan sasaran perlaksanaan amalan ini melibatkan murid Kelas Anugerah 2 Sekolah Kebangsaan Pernu yang mengikuti KSSRPK Tahun 2. Data amalan dikumpulkan menggunakan kaedah kualitatif secara pemerhatian dan temu bual. Hasil daripada dapatan amalan menunjukkan perlaksanaan aktiviti amalan ini berjaya meningkatkan kemahiran membaca MBPK dan meningkatkan keyakinan mereka dalam banyak aktiviti sama ada dalam atau di luar kelas.
Farah Zurah binti Mohd Yusof Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/314 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Multimedia Dalam Mengajar Operasi Tambah Bagi Murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/289
Antara kebanyakan mata pelajaran, Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya, justeru, penggunaan alat dan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai serta menarik amat penting bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara pelajar dan guru. Penggunaan BBM berbentuk multimedia yang dibangunkan oleh pengamal sendiri dengan perisian Microsoft PowerPoint telah digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di SJKC Bukit Beruang, Melaka. Penggunaan BBM berbentuk multimedia dalam proses PdP adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkannya kepada ilmu pengetahuan yang lebih bermakna dan bermanfaat. Dapatan data daripada amalan yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan elemen multimedia dan visual ini telah mewujudkan motivasi belajar dalam mata pelajaran Matematik yang positif dan juga meningkatkan kemahiran penyelesaian operasi tambah dalam kalangan MBPK, justeru dengan pemilihan media pengajaran seperti komputer yang menggunakan persembahan Microsoft PowerPoint berserta kaedah pengajaran guru yang menarik berupaya memberi alternatif penyelesaian dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian operasi tambah yang dihadapi oleh MBPK.
Tan Choo Lin Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/289 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Duduk di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Penggunaan Bangku Kecil https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/305
Kemahiran duduk semasa proses pengajaran amat penting dalam usaha meningkatkan fokus, dan menstabilkan postur badan. Pengunaan bangku kecil sebagai alat sokongan dapat meningkatkan kemahiran duduk dengan postur badan yang betul dikalangan murid berkeperluan pendidikan khas. Tujuan amalan terbaik ini dijalankan di Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SK Seri Bemban ialah dapat meningkatkan fokus dan kawalan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan terbaik ini juga salah satu interversi awal bagi kemahiran menulis murid. Analisis deskritif digunakan untuk melihat keberkesanan penggunaan bangku kecil dalam meningkatkan kemahiran duduk dikalangan murid berkeperluan pendidikan khas. Dapatan daripada pelaksanaan bangku kecil ini, menunjukkan murid dapat duduk dengan postur badan yang betul dan fokus sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Yuzana Md Yunus Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/305 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Nota Resepi Bergambar (NRB) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang Tidak Boleh Membaca di PPKI SMK Malim https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/321
Amalan Terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tidak boleh membaca dalam membuat penyediaan amali Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) pembuatan roti. Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam memperluaskan ilmu pengetahuan seseorang. Kegagalan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan MBPK menyebabkan proses penerimaan ilmu menjadi tersekat dan terbatas. Bagi MBPK yang mengambil mata pelajaran vokasional khususnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mencabar apabila silibus mata pelajaran adalah berasaskan kemahiran dan aktiviti amali. Amalan terbaik Penggunaan Nota Resepi Bergambar (NRB) telah dijadikan inisiatif untuk MBPK mengetahui dan memahami cara penyediaan pembuatan roti, donat dan piza. Fokus amalan pengajaran ini adalah menggunakan kaedah bergambar dalam aktiviti amali sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terhadap MBPK yang tidak boleh membaca. Kumpulan sasaran untuk pelaksanaan kaedah ini adalah seramai 4 orang MBPK dalam Kelas PK Arif di PPKI SMK Malim yang tidak boleh membaca dan terlibat dengan kelas Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) pembuatan roti pada tahun 2021. Data diperoleh melalui pemerhatian dan temubual di sepanjang waktu amali sesi pengajaran dan pembelajaran serta dianalisis secara kualitatif dan dilaporkan secara deskriptif. Amalan terbaik menggunakan NRB ini didapati berjaya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman MBPK dalam penyediaan amali KVS pembuatan roti. Diharapkan Amalan Terbaik ini dapat merungkai sebuah lagi teknik pengajaran yang berkesan untuk diaplikasikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan MBPK yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan membaca.
Jamiah Tulisman Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/321 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Modul Bergambar https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/280
Kemahiran menulis merupakan satu komponen dalam data pelajaran Bahasa Melayu seperti dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK). Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid-murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Murid berkeperluan khas menghadapi masalah untuk mengembangkan ayat mereka daripada ayat tunggal kepada ayat majmuk. Kaedah modul bergambar merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru) bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk bagi murid berkeperluan khas. Data yang dikumpul melalui analisis dokumen dan borang pemerhatian. Sasaran terdiri daripada empat orang murid yang berumur 14-16 tahun sedang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsan Naning negeri Melaka pada tahun 2022. Dapatan data amalan terbaik ini memberikan impak yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Di samping itu, mereka juga memberikan tumpuan dan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kesimpulan daripada amalan terbaik ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu Pendidikan Khas dalam usaha memilih kaedah intervensi yang bersesuaian untuk membantu murid berkeperluan khas meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar.
Chu Ju Ping, Chu Ju Aik Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/280 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Mengubah Tingkah Laku Disruptif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Pelaksanaan Video Modeling https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/296
Tingkah laku ialah satu elemen yang mampu mencerminkan peribadi seseorang individu. Namun, bagi murid-murid yang dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), tingkah laku yang mereka pamerkan kadang kala menimbulkan masalah pada diri mereka sendiri mahupun orang lain yang berada di sekeling mereka seperti ibu bapa, guru, mahupun rakan sekelas. Salah satu tingkah laku yang dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah adalah tingkah laku disruptif. Faktor-faktor seperti genetik, persekitaran, keluarga dan trauma masa lalu merupakan penyumbang utama kepada tingkah laku disruptif ini. Pengaplikasian amalan terbaik Video Modeling secara individu dapat menangani tingkah laku disruptif murid agar menjadi lebih baik iaitu dengan berlakunya pengurangan kekerapan MBPK melakukan tingkah laku disruptif sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru berlangsung. Selain itu, melalui pengaplikasian amalan terbaik ini juga dapat membantu guru mengendalikan proses pengajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan kekerapan tingkah laku disruptif sepanjang intervensi dilaksanakan iaitu sebanyak 71%, namun terdapat sedikit peningkatan kekerapan tingkah laku disruptif ditunjukkan oleh sampel apabila intervensi ditarik iaitu sebanyak 30%. Diharap melalui amalan terbaik yang diketengahkan ini dapat mengurangkan tingkah laku disruptif MBPK semasa proses PdPc di samping memastikan proses PdPc guru dalam bilik darjah berjalan dengan lancar dan berkesan.
Noraznida Bt Zurali Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/296 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Memupuk Sikap Positif dan Daya Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Permainan LEGO https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/312
Pendekatan bermain merupakan salah satu daripada kepelbagaian strategi Pendidikan yang boleh dilaksanakan secara langsung dan tidak langsung. Penglibatan murid dalam permianan dapat memupuk sikap postif di kalangan mereka di samping dapat meningkatkan kebolehan, bakat dan minat murid. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas sering dikaitkan dengan murid yang mempunyai tahap pencapaian kognitif yang rendah dan sukar untuk mengikuti kemahiran yang lebih tinggi. Dalam kajian ini, kaedah kualitatif digunakan iaitu secara pemerhatian dan catatan terhadap sikap positif murid semasa bermain. Lima orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Pulai telah dipilih untuk melihat keberkesanan permainan LEGO di kalangan murid Pendidikan khas. Daya kreatif murid dilihat dari susunan binaan yang dihasilkan daripada binaan blok Lego. Bermain adalah salah satu pendekatan yang berkesan kepada murid-murid kerana ia mendatangkan keseronokan dan kegembiraan kepada mereka. Penciptaan pelbagai binaan dari blok-blok lego dapat menunjukkan kebolehan dan keupayaan daya kreativiti murid-murid yang tersendiri Murid dapat menguasai kepelbagaian perkembangan dari segi fizikal, emosi, bahasa dan sosial yang diperolehi semasa bermain.
Khadijah Binti Jusin Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/312 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Fizikal Tangan dan Mata Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Program Pembangunan Sukan Stacking https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/287
Sukan Stacking merupakan sukan individu dan berpasukan yang memerlukan pemain menyusun 9 atau 12 cawan secara bertingkat dalam masa terpantas. Program Pembangunan Sukan Stacking telah dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kampong Gelam Melaka, bagi mencungkil bakat murid dalam sukan stacking untuk di ketengahkan di peringkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu program ini juga untuk meningkatkan kemahiran fizikal Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) seperti koordinasi mata-tangan, kepantasan dan fokus. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja berpasukan dan semangat kesukanan yang baik. Kegagalan menguasai kemahiran-kemahiran tersebut akan menyebabkan murid kurang berkeyakinan dan tidak boleh bermain sukan stacking dengan baik. Tujuan Program Pembangunan Sukan Stacking ini ialah untuk memberi pemahaman dan latihan secara bersistematik kepada MBPK. Fokus Program Pembangunan Sukan Stacking ini ialah untuk melihat bagaimana murid Pendidikan Khas dapat menguasai permainan ini dengan betul dan pantas. Kumpulan sasaran program ini ialah seramai 17 orang MBPK di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Melaka pada tahun 2021. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan program pembangunan ini adalah melalui keputusan pertandingan yang telah dijalankan. Dapatan data daripada program yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan program ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kemahiran MBPK dalam sukan stacking serta dapat melahirkan bakat baharu dalam Sukan Stacking di negeri Melaka dan Malaysia.
Jamaliah binti Hassan Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/287 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Intervensi Terapi LEGO Meningkatkan Interaksi Sosial Murid Autistik https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/303
Terapi LEGO merupakan satu aktiviti perkembangan sosial khusus untuk kanak-kanak autistik bagi membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.Terapi LEGO ini diperkenalkan sekitar tahun 2000 oleh Dan LeGoff seorang Pakar Neuropsikologi daripada Amerika Syarikat. Terapi LEGO boleh digunakan sebagai strategi pengajaran melatih pelajar untuk mengambil giliran, perbualan, kerjasama dalam pasukan, dan menyelesaikan masalah. Kaedah dijalankan secara berkumpulan untuk membina model lego secara bekerjasama. Setiap murid mempunyai peranan sebagai jurutera, pembekal bahan dan buruh. Terapi ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak Autistik melalui bermain lego yang melibatkan main peranan dan bekerjasama untuk membina model lego. Amalan terbaik menggunakan lego berjaya mengurangkan tingkah laku agresif murid autistik terhadap rakan lain. Amalan terbaik ini juga dilihat mampu menggalakkan tingkah laku positif dari segi penglibatan diri, kerjasama dan interaksi bersama rakan lain. Selain itu, perkembangan motor halus dan koordinasi murid juga menunjukkan perkembangan positif. Aktiviti terapi LEGO sememangnya membantu dalam meningkatkan interaksi sosial dan mudah untuk dilaksanakan. Justeru adalah dicadangkan aktiviti ini dilaksanakan melalui pengubahsuaian mengikut tema tertentu dan mudah dilaksanakan sebagai aktiviti yang menyeronokkan dalam sesi pembelajaran terutamanya bagi pelajar Autistik.
Nor Hidayah Binti Ishak Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/303 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Teknik ‘Roll and Fold’ Membantu Murid Program Pendidikan Khas Dalam Membentuk Roti Bun dan Roti Buku https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/319
Menguli merupakan kemahiran yang melibatkan koordinasi motor tangan kognitif. Kemahiran ini memerlukan latihan berulang supaya murid dapat menguasai kemahiran tersebut antaranya ialah menimbang, menguli, membakar dan membungkus. Menerusi kelas kemahiran pembuatan roti yang ditawarkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Durian Tunggal, murid pendidikan khas dilatih untuk membuat roti, pizza, donat dan muffin. Namun begitu, fokus penulisan pada kali ini adalah pada pembuatan roti manakala kemahiran yang difokuskan ialah menguli dan membentuk roti. Roti yang dihasilkan ialah roti bun dan roti buku. Roti bun biasanya roti berbentuk bulat. Roti loaf pula berbentuk segi empat. Kedua-dua jenis roti ini menggunakan kemahiran dan teknik yang berbeza semasa membentuk doh. Murid perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini bagi memastikan roti yang dihasilkan kemas dan seragam. Keseragaman penting bagi menjamin mutu di akhir produk. Justeru itu penulis telah menghasilkan satu modul bagaimana cara membentuk roti yang baik. Teknik ini dinamakan teknik ‘roll and fold’. Menerusi teknik ini ianya dapat membantu murid menghasilkan roti bun dan roti buku dengan seragam dan cantik. Kumpulan sasaran penulisan ini terdiri daripada 11 orang murid Kelas Melur di SMK Durian Tunggal. Data yang dikumpulkan adalah melalui pemerhatian hasil produk dan rakaman video yang telah dimuat naik di aplikasi ‘Tiktok’ (http://tiktok.com/@sueramlidt) saya. Dapatan daripada amalan teknik roll and fold ini mendapati murid lebih mudah menguasai kemahiran membentuk roti yang seragam.
Suhaily binti Ramli, Sha Aida binti Ahad Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/319 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Sikap Menghormati Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran SMK Seri Bemban Melalui Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa) https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/294
Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bukanlah sesuatu yang baharu. Amalan ini merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam program guru penyayang. Amalan 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis. Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni. Amalan 3S merupakan amalan terbaik seorang murid bermasalah pembelajaran yang lebih mesra dipanggil Udin. Amalan 3S yang dilakukan oleh Udin telah membuatkan bukan sahaja guru Pendidikan Khas menyukai dan mesra dengannya namun guru arus perdana juga terlibat sama. Amalan inilah yang pengamal (guru) hendak murid lain contohi dan praktikkan di sekolah bagi meningkatkan sikap hormat dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran terhadap ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Amalan 3S yang diketengahkan ini diharap dapat meningkatkan sikap hormat-menghormati dan menegur dalam kalangan murid dan guru serta mengeratkan kasih sayang yang semakin kurang dapat dilihat dalam kalangan mereka. Murid lain sering dilihat sangat jarang bertegur sapa dengan guru walaupun guru berada di sekeliling mereka. Perkara ini merupakan satu senario yang tidak patut dibiarkan begitu sahaja tanpa nilai tambah moral yang baik. Setelah amalan 3S dipraktikkan, didapati sikap hormat murid sesama murid dan guru bertambah baik dan suasana di sekolah lebih harmoni dan mesra di samping mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.
Azhar bin Che Mohd Salleh Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/294 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Menggunakan Prosedur Membaca Disleksia https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/310
Amalan terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca berdasarkan modul membaca murid disleksia dengan menggunakan pembaris tetingkap. Membaca merupakan aktiviti kompleks yang melibatkan aktiviti fizikal dan mental. Aktiviti membaca juga mempunyai kaitan dengan gerak mata dan ketajaman penglihatan. Kaedah membaca berdasarkan Prosedur Membaca Disleksia dengan menggunakan alat bantu belajar dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dan mengurangkan kesalahan membaca suku kata, perkataan dan ayat tanpa melangkau baris. Amalan ini menggunakan format laporan dan pemerhatian melibatkan 4 orang murid disleksia tingkatan 1 Sakura di SMK Padang Temu Melaka. Pelaksanaan amalan terbaik ini memberikan implikasi bahawa guru-guru boleh menggunakan Prosedur Membaca Disleksia dengan menggunakan bahan bantu mengajar sewaktu sesi pengajaran. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid-murid berpendidikan khas khususnya murid disleksia serta memudahkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan dengan lebih seronok.
Mazlinah binti Abd Mutalib Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/310 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Tahap Pembacaan Buku Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran Menggunakan Aktiviti Bacaan Pagi https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/285
Membaca ialah satu kemahiran yang sangat penting dalam pembelajaran. Membaca merupakan asas untuk menambah ilmu. Untuk meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan Murid Keperluan Pendidikan Khas (MBPK), murid perlu diberi ruang dan bahan untuk membaca. Amalan terbaik aktiviti Bacaan Pagi dilaksanakan untuk mengatasi masalah sikap kurang membaca dalam kalangan Murid Keperluan Pendidikan Khas Pendengaran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka dan rekod bacaan yang rendah. Bacaan Pagi adalah satu aktiviti yang dijalankan pada setiap pagi hari persekolahan di tapak perhimpunan pada jam 7.15 pagi sehingga jam 7.35 pagi iaitu waktu sebelum murid-murid masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. Fokus aktiviti amalan ini adalah untuk melihat bagaimanakah MBPK Pendengaran dapat meningkatkan rekod bacaan program NILAM dengan aktiviti Bacaan Pagi. Kumpulan sasaran perlaksanaan aktivti amalan adalah 10 orang MBPK Pendengaran dari tahap 2 kerana semua murid ini terlibat dalam program NILAM sekolah. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan aktiviti amalan baik ini adalah menggunakan analisis kutipan data rekod bacaan dan pemerhatian. Dapatan data daripada aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan aktiviti Bacaan Pagi ini telah berjaya meningkatkan tahap pembacaan MBPK Pendengaran Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka dalam program NILAM. Aktiviti ini juga dapat membantu memupuk budaya membaca dalam kalangan murid serta membolehkan murid mencapai tahap bintang penarafan NILAM.
Shanthi a/p Kanasan Mutty, Nurul Hidayah binti Adnan Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/285 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Aktiviti Ceriakan Pagi Kita Meningkatkan Kebolehan Berkomunikasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/301
Komunikasi merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam urusan kehidupan seharian pada semua peringkat usia. Kegagalan berkomunikasi menyukarkan proses interaksi dan penyampaian maklumat antara dua pihak. Penulisan amalan terbaik ini bertujuan untuk perkongsian ilmu bagaimana meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Berkefungsian Rendah di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin melalui Aktiviti Ceriakan Pagi Kita dalam Program MeKAR (Melonjakkan Kecemerlangan Ar-Rayyan). Fokus aktiviti amalan baik ini ialah untuk melihat sejauh mana kebolehan berkomunikasi MBPK dapat dipertingkatkan melalui Aktiviti Ceriakan Pagi Kita. Kumpulan sasaran pelaksanaan aktiviti amalan baik ini ialah seramai 19 orang MBPK di Kelas Orkid 1 dan Orkid 2 pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan aktiviti amalan baik ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian yang disokong dengan senarai semak dan soal selidik pandangan ibu bapa serta rakaman video. Data tersebut dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan data daripada aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan aktiviti amalan baik ini telah berjaya meningkatkan kebolehan berkomunikasi MBPK Berkefungsian Rendah. Selain itu guru pula dapat menambah baik amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya daripada aspek merancang dan melaksanakan aktiviti tersebut. Pengisian Aktiviti Ceriakan Pagi Kita yang terkandung dalam Modul Program MeKAR merupakan pengubahsuaian aktiviti kurikulum KSSR Pendidikan Khas Tahun 1.
Siti Hamidah binti Selamat, Hanisah binti Bador Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/301 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Minat Asas Jahitan Pakaian Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Penglibatan Komuniti https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/317
Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Jahitan merupakan salah satu kurikulum KSSM Pendidikan Khas yang dirancang bagi menyediakan murid dengan kemahiran tertentu secara berfokus dan optimum sebelum ke alam kerjaya. Bidang kemahiran jahitan lazimnya kurang menyerlah dan diminati dalam kalangan murid berkeperluan khas. Kolaborasi program jahitan dengan melibatkan badan komuniti luar secara konsisten merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan bagi membantu murid KVS Asas Jahitan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan kemahiran jahitan murid yang sering mendapat permintaan yang sangat tinggi di sekitar komuniti, negara mahupun pasaran dunia masa kini. Selain itu, program kolaborasi ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid berkeperluan khas dalam bidang jahitan serta memberi pendedahan pengetahuan tentang murid berkeperluan khas kepada masyarakat. Menerusi amalan baik ini, terdapat beberapa aspek yang dapat dihasilkan dari program ini seperti peningkatan kecenderungan minat murid belajar dalam bidang jahitan, kemahiran jahitan murid bertambah dan membina hubungan sosial yang positif dalam kalangan komuniti. Program kolaborasi jahitan bersama komuniti masyarakat yang dilaksanakan ini merupakan satu nilai tambah pada tahap pencapaian dan penguasaan murid berkeperluan khas KVS Asas Jahitan. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu murid dan guru untuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam jahitan serta memenuhi permintaan negara sebagai tenaga kerja yang berkemahiran.
Rahifah binti Mohd Tejeri Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/317 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Kendiri Memakai Seluar Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah “KerusiBANTU” https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/292
Kanak-kanak yang normal mula belajar memakai pakaian pada usia 12 hingga 24 bulan namun bagi murid bermasalah pembelajaran ia merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan dan sering mengharapkan bantuan orang dewasa walaupun umur semakin bertambah. Menurut Izen & Brown (1991)kemahiran mengajar keberdikarian diri adalah sangat penting. Melalui cara mengurus diri yang betul dapat membantu seseorang itu menguasai kemahiran secara praktikal dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa bantuan orang lain terutamanya kemahiran memakai seluar setiap kali ke tandas. Kegagalan menguasai kemahiran kendiri memakai seluar akan menyukarkan murid untuk mengurus diri dengan baik. Amalan terbaik ini melibatkan kumpulan sasaran seramai lima orang murid Pendidikan Khas dari kelas. Amalan ini bertujuan untuk mengatasi masalah sukar memakai seluar dengan sendiri dalam kalangan murid masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Duyong dengan menggunakan kaedah “kerusiBANTU” .Fokus aktiviti amalan ini adalah untuk melihat bagaimana murid masalah pembelajaran berkefungsian rendah dapat ke tandas dengan menggunakan kaedah “kerusiBANTU’’. Hasil daripada amalan baik yang telah dijalankan, murid bermasalah pembelajaran berkefungsian rendah dapat memakai seluar sendiri tanpa perlu bimbingan Pembantu Pengurusan Murid atau guru melalui kaedah “kerusiBANTU”. Kesimpulannya, kebolehan mengurus diri penting untuk kelangsungan hidup murid kerana suatu hari nanti mereka perlu hidup berdikari tanpa bimbingan orang lain.
Rohaya Zakariah Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/292 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Bantuan Sokongan Rakan Sebaya Terhadap Perkembangan Pembelajaran Murid Program Pendidikan Inklusif Menggunakan Buddy System https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/308
Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Namun, MBPK perlu diberi bantuan yang sesuai agar mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya mereka. Justeru, rakan sebaya yang belajar bersama-sama dengan MBPK dalam kelas arus perdana yang sama telah memainkan peranan yang penting dalam Buddy System. Buddy System merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru dan murid yang terlibat dengan Buddy System) di SJK (C) Ting Hwa, Melaka bertujuan untuk memberi bantuan sokongan kepada MBPK bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran MBPK samada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Melalui amalan terbaik ini, kerjasama antara rakan sebaya di kelas inklusif bersama dengan guru telah berjaya membimbing serta membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan MBPK seperti yang dihasratkan. Selain memberi pengaruh positif terhadap MBPK, hasil daripada Buddy System juga telah berjaya membentuk murid yang mempunyai jati diri yang tinggi secara tidak langsung. Amalan terbaik yang diketengahkan ini merupakan satu nilai tambah dalam perlaksanaan PPI. Diharapkan amalan terbaik ini dapat dipraktik dan diamalkan di sekolah demi membantu guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam menyelesaikan masalah berkaitan MBPK sekaligus mempertingkatkan pembentukan sahsiah di kalangan murid arus perdana.
Ng Pei San Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/308 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Modul Origami https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/283
Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran setiap murid. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua murid termasuklah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Modul Origami merupakan kaedah yang digunakan untuk menambah amalan baik pengkaji dalam meningkatkan kemahiran belajar MBPK dengan menggunakan format laporan amalan terbaik yang melibatkan kumpulan sasaran seramai dua orang MBPK di kelas 3 Sigma di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka pada tahun 2022. Data yang dikumpulkan dalam laporan ini menggunakan senarai semak kemahiran motor, borang tumpuan masa dan gambar aktiviti pembelajaran. Dapatan daripada amalan terbaik ini menunjukkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih sistematik dan telah membantu pengkaji menambah baik proses amalan PdP pengkaji.
Yusni binti Yusoff Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/283 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Good Behavior Game : Menangani Masalah Tingkah Laku Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/299
Good Behavior Game (GBG) merupakan intervensi pengurusan kelas yang melibatkan kontigensi kumpulan bagi menyokong tingkah laku yang sesuai dan mengurangkan gangguan di dalam kelas. Seramai tiga orang murid yang mempunyai masalah tingkah laku distruptif dipilih untuk menjalani intervensi ini. Pelaksanaan amalan ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu (1) pemerhatian, (2) intervensi dan (3) tanpa intervensi. Hasil pelaksanaan GBG ini akan direkodkan dan dikumpul melalui senarai semak yang dibina bagi melihat keberkesanannya. Sepanjang pemerhatian dijalankan menunjukkan bahawa GBG berkesan untuk mengurangkan tingkah laku distruptif di dalam bilik darjah. Justeru diharapkan intervensi ini dapat diperluaskan bagi manangani masalah-masalah tingkah laku yang lain dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Malaysia.
Fatin Nabihah Rosli Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/299 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Amalan Terbaik Penyaringan Intervensi Matematik Dalam Kalangan Guru Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/315
Penyaringan merupakan satu mekanisme yang menyasarkan keperluan intervensi murid masalah pembelajaran dengan menyediakan pendidikan berasaskan bukti saintifik. Ia merupakan langkah pertama dalam mengenal pasti murid yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Dalam konteks intervensi matematik, penyaringan digunakan sebagai satu proses pengesanan awal murid yang bergelut untuk menguasai kemahiran asas matematik supaya satu program instruksional berasaskan sumber dan pengajaran intervensi matematik yang bersesuaian dapat disediakan. Amalan terbaik penyaringan intervensi matematik yang dijalankan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kem Terendak 2 dijalankan bertujuan untuk memastikan proses pengesanan awal murid masalah pembelajaran sebelum intervensi matematik yang bersesuaian dengan keperluan murid dirancang. Amalan terbaik tersebut mengetengahkan 3 elemen utama penyaringan intervensi matematik iaitu proses pengesanan, persetujuan pihak berkaitan dan kategori murid masalah pembelajaran. Hasil amalan intervensi matematik yang dijalankan telah berjaya memberikan impak positif terhadap pelaksanaan intervensi matematik murid masalah pembelajaran dari segi penjimatan masa dan keputusan berasaskan data. Justeru, adalah dicadangkan agar amalan terbaik intervensi matematik berasaskan ketiga-tiga elemen (kategori murid, persetujuan pihak berkaitan dan pengesanan) perlu diberi pertimbangan secara kolektif semasa perlaksanaan intervensi matematik murid masalah pembelajaran di sekolah melalui perbincangan secara ilmiah dan berterusan sebagai salah satu proses pemindahan maklumat dan pembelajaran dalam skop pelaksanaan intervensi matematik murid masalah pembelajaran di Malaysia.
Nafisah Baharom Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/315 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Tahap Kognitif Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menggunakan Perisian Brain Gym https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/290
Penggunan perisian “Brain Gym” Untuk Meningkatkan tahap akademik dan amalan baik dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, masalah pembelajaran, SMK Bukit Katil, Melaka. Aktiviti ini dijalankan bagi menguji keberkesanan penggunaan “Brain Gym” yang merupakan perisian latihan simulasi latihan minda dan dibangunkan dengan kerjasama ahli akademik, doktor perubatan, pakar psikiatri dan juga jurutera perisian dengan Satu matlamat iaitu untuk menyediakan satu alat yang mudah digunakan yang menggunakan cara-cara yang sudah terbukti berkesan untuk meningkatkan tahap pemikiran kita. Seramai 20 orang murid permata (masalah pembelajaran) akan dipilih untuk menerima rawatan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi selama sebulan pada tahun 2018. Data yang dikumpul menggunakan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Dapatan daripada keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dari pemerhatian penyelidik, murid-murid lebih berminat dan lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan kemahiran proses berbanding sebelum rawatan ini diperkenalkan. Pembelajaran dan pengajaran menggunakan rawatan ini wajar diteruskan di samping bantuan kaedah-kaedah lain pada masa hadapan.
Jaya Kumar Michael Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/290 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Amalan Program Cakna Emosi (ProCaksi) Dalam Kalangan Ibu Bapa Murid Disleksia di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/306
Pada masa kini, semakin ramai murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran spesifik iaitu Disleksia. Namun begitu, tidak ramai ibu bapa yang menyedari masalah ini kerana kanak-kanak Disleksia mempunyai kecerdasan hampir sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia, kempen sokongan dan kesedaran tentang ciri-ciri Disleksia masih kurang di jalankan. Kebanyakan maklumat mengenai Disleksia diperolehi daripada laman web yang dimuat turun oleh penganjur program kesedaran disleksia. Bahan bacaan tentang ciri-ciri Disleksia juga sukar diperolehi menyebabkan ramai ibu bapa yang terlepas pandang atau langsung tidak menyedari wujudnya ciri-ciri Disleksia pada anak-anak mereka. Kajian-kajian mengenai Disleksia telah ada sejak sekian lama terutamanya kajian di luar negara. Kajian mengenai Disleksia banyak memfokuskan kepada golongan guru dan pengidap Disleksia itu sendiri, namun kajian dalam konteks ibu bapa kanak-kanak Disleksia masih kurang di Malaysia. Penulisan amalan baik ini bertujuan untuk perkongsian idea dan pengalaman bagi mengatasi perasaan kerisauan dan kegelisahan di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak yang mempunyai ciri disleksia di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 melalui Amalan Program Prihatin. Fokus aktiviti amalan ini ialah untuk melihat bagaimana Amalan Program Prihatin dapat meningkatkan sokongan dan kesedaran ibu bapa terhadap anak-anak yang mempunyai ciri-ciri Disleksia. Kumpulan sasaran pelaksanaan aktiviti amalan ini ialah seramai 5 orang ibu bapa murid Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Integrasi Spesifik Disleksia Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam pelaksanaan aktiviti amalan ini adalah menggunakan kaedah tinjauan iaitu borang soal selidik. Dapatan data daripada aktiviti yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan aktiviti amalan ini telah berjaya meningkatkan sokongan dan kesedaran ibu bapa terhadap anak-anak yang mempunyai ciri-ciri Disleksia. Kesimpulannya, diharapkan amalan terbaik ini dapat diaplikasikan kepada kumpulan sokongan ibu bapa. Terutamanya yang mempunyai anak-anak ciri-ciri Disleksia.
Mohd Azmi bin Mastuki Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/306 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000 Meningkatkan Kemahiran Menternak Lebah Kelulut Dengan Menggunakan “Kaedah 1..2..3..” Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Berkefungsian Rendah https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/322
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana peningkatan murid berkeperluan khas menternak lebah kelulut yang dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SMK Tun Haji Abdul Malek Cheng Melaka. Objektif kajian ialah mengenal pasti mudahnya menternak kelulut dari segi 1. minat, 2. kefahaman, 3. pengaplikasian dan kemahiran menternak kelulut dengan cara yang mudah mengikut senarai semak penternakan kelulut yang disediakan.Data-data dikumpul menggunakan sesi temu bual separa berstruktur. Seramai 3 orang murid berkeperluan khas kefungsian rendah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kualitatif . Kaedah pemerhatian ke atas responden dijalankan ketika latihan amali di dalam kebun penternakan kelulut semasa proses PdPC berlaku. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran menternak lebah kelulut dengan cara mudah daripada dimensi akan melihat pencapaian objektif terhadap murid berkeperluan khas setelah tamat persekolahan. Modul konseptual kurikulum program pendidikan khas integrasi (pembelajaran) menjadi asas pembelajaran seiring dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran bekerjaya perlu dititik beratkan dalam kurikulum pendidikan khas, bagi melahirkan murid yang berupaya, berkemahiran dan berkerjaya.

Mohd Hadir Bin Hj Mahat Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/322 Tue, 06 Dec 2022 00:00:00 +0000