Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Modul Origami

Authors

  • Yusni binti Yusoff

Keywords:

kemahiran belajar, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Modul Origami

Abstract

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran setiap murid. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua murid termasuklah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Modul Origami merupakan kaedah yang digunakan untuk menambah amalan baik pengkaji dalam meningkatkan kemahiran belajar MBPK dengan menggunakan format laporan amalan terbaik yang melibatkan kumpulan sasaran seramai dua orang MBPK di kelas 3 Sigma di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka pada tahun 2022. Data yang dikumpulkan dalam laporan ini menggunakan senarai semak kemahiran motor, borang tumpuan masa dan gambar aktiviti pembelajaran. Dapatan daripada amalan terbaik ini menunjukkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih sistematik dan telah membantu pengkaji menambah baik proses amalan PdP pengkaji.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Yusni binti Yusoff. (2022). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Modul Origami. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/283