Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KV Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Teknik BAYI
Keywords:
Murid Bermasalah Pembelajaran, Membaca, MuzikAbstract
aktiviti membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Murid bermasalah pembelajaran sinonim dengan sikap mudah bosan dan sukar fokus ketika belajar. Senario ini berlaku kerana hilang upaya pembelajaran yang mereka hadapi seperti lewat perkembangan, Autisma, Haiperaktif dan banyak lagi. Oleh kerana itu, pengamal(guru) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik melalui Teknik BAYI. Apabila murid seronok belajar, daya tumpuan pasti meningkat dan penguasaan pembelajaran juga akan meningkat. Teknik BAYI mempunyai banyak keluarga suku kata, namun amalan terbaik pada tahun ini memberi fokus kepada murid tahun dua di mana mereka perlu menguasai suku kata kv. Kaedah ini telah berjaya menjadikan murid lebih cepat menguasai bacaan suku kata kv daripada kadar biasa. Apabila murid telah menguasai suku kata kv maka mudahlah guru untuk mengajar suku kata yang lain, frasa, ayat tunggal dan topik membaca seterusnya. Penggunaan Teknik BAYI membuatkan murid seronok belajar dan guru seronok mengajar.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.