Meningkatkan Kemahiran Fizikal Tangan dan Mata Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Program Pembangunan Sukan Stacking

Authors

  • Jamaliah binti Hassan

Keywords:

Sukan Stacking, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Program Pembangunan

Abstract

Sukan Stacking merupakan sukan individu dan berpasukan yang memerlukan pemain menyusun 9 atau 12 cawan secara bertingkat dalam masa terpantas. Program Pembangunan Sukan Stacking telah dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kampong Gelam Melaka, bagi mencungkil bakat murid dalam sukan stacking untuk di ketengahkan di peringkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu program ini juga untuk meningkatkan kemahiran fizikal Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) seperti koordinasi mata-tangan, kepantasan dan fokus. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja berpasukan dan semangat kesukanan yang baik. Kegagalan menguasai kemahiran-kemahiran tersebut akan menyebabkan murid kurang berkeyakinan dan tidak boleh bermain sukan stacking dengan baik. Tujuan Program Pembangunan Sukan Stacking ini ialah untuk memberi pemahaman dan latihan secara bersistematik kepada MBPK. Fokus Program Pembangunan Sukan Stacking ini ialah untuk melihat bagaimana murid Pendidikan Khas dapat menguasai permainan ini dengan betul dan pantas. Kumpulan sasaran program ini ialah seramai 17 orang MBPK di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Melaka pada tahun 2021. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan program pembangunan ini adalah melalui keputusan pertandingan yang telah dijalankan. Dapatan data daripada program yang telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan program ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kemahiran MBPK dalam sukan stacking serta dapat melahirkan bakat baharu dalam Sukan Stacking di negeri Melaka dan Malaysia.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Jamaliah binti Hassan. (2022). Meningkatkan Kemahiran Fizikal Tangan dan Mata Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Program Pembangunan Sukan Stacking. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/287