Golden Dream Wheel Meningkatkan Kehadiran dan Kefahaman Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Authors

  • Intan Norzira binti Tormudzi

Keywords:

Golden Dream Wheel, Token Ekonomi, Ganjaran, Kehadiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Abstract

Golden Dream Wheel (GDW) ialah sistem ganjaran atau token ekonomi yang digunakan bagi menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah. GDW digunakan bagi mengubah tingkahlaku yang tidak diingini serta menarik minat murid mengikuti kelas sekaligus meningkatkan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Golden Dream Wheel merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru). Murid akan diberi markah bagi setiap kali hadir ke sekolah dan markah juga akan diberikan bagi setiap tugasan yang dibuat dan jawapan yang betul bagi kuiz yang diberikan. Markah akan direkodkan dalam GDW untuk dikumpulkan bagi satu tempoh masa. Markah yang dikumpulkan akan ditukar kepada bahan maujud yang disukai murid seperti wang ringgit, alat tulis, makanan dan lain-lain yang dipersetujui oleh murid dan guru. Dengan menggunakan amalan baik ini, murid sentiasa memberikan fokus pada sesi pembelajaran bagi membolehkan mereka mendapat markah yang boleh ditukar dengan ganjaran. GDW bertujuan untuk untuk meningkatkan kehadiran murid sekaligus dapat meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc). Melalui amalan terbaik ini, peratus kehadiran murid meningkat dan dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran yang diajar. Golden Dream Wheel yang dihasilkan ini merupakan satu nilai tambah dalam membantu meningkatkan peratus kehadiran murid, serta meningkatkan kefahaman murid. Diharap amalan terbaik ini dapat membantu guru- guru pendidikan khas dalam menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Intan Norzira binti Tormudzi. (2022). Golden Dream Wheel Meningkatkan Kehadiran dan Kefahaman Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/288