Meningkatkan Tahap Kognitif Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menggunakan Perisian Brain Gym

Authors

  • Jaya Kumar Michael

Keywords:

kerohanian minda, murid berkeperluan pendidikan khas, brain gym

Abstract

Penggunan perisian “Brain Gym” Untuk Meningkatkan tahap akademik dan amalan baik dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, masalah pembelajaran, SMK Bukit Katil, Melaka. Aktiviti ini dijalankan bagi menguji keberkesanan penggunaan “Brain Gym” yang merupakan perisian latihan simulasi latihan minda dan dibangunkan dengan kerjasama ahli akademik, doktor perubatan, pakar psikiatri dan juga jurutera perisian dengan Satu matlamat iaitu untuk menyediakan satu alat yang mudah digunakan yang menggunakan cara-cara yang sudah terbukti berkesan untuk meningkatkan tahap pemikiran kita. Seramai 20 orang murid permata (masalah pembelajaran) akan dipilih untuk menerima rawatan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi selama sebulan pada tahun 2018. Data yang dikumpul menggunakan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Dapatan daripada keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dari pemerhatian penyelidik, murid-murid lebih berminat dan lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan kemahiran proses berbanding sebelum rawatan ini diperkenalkan. Pembelajaran dan pengajaran menggunakan rawatan ini wajar diteruskan di samping bantuan kaedah-kaedah lain pada masa hadapan.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Jaya Kumar Michael. (2022). Meningkatkan Tahap Kognitif Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menggunakan Perisian Brain Gym. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/290