Meningkatkan Pencapaian Bahasa Inggeris Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Dengan Menggunakan Kaedah Video Muzik

Authors

  • Jamilahbi Binti Mohamed Ishaque

Keywords:

Bahasa Inggeris, Video Muzik, Murid Pendidikan Khas

Abstract

Pembelajaran bagi setiap murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) adalah berbeza-beza terutamanya jika murid terdedah kepada sesuatu yang baru seperti penggunaan Bahasa Inggeris. Dari pemerhatian awal guru, kebanyakan MBPK gagal untuk menguasai mata pelajaran ini disebabkan keupayaan kognitif mereka yang amat terhad dan juga penggunaan bahasa yang tidak difahami. Untuk mengatasi masalah ini kaedah penggunaan video muzik telah digunakan untuk membantu MBPK dalam meningkatkan pencapaian dan menarik minat mereka di mana gabungan audio visual yang berwarna - warni di dalam video muzik yang dipaparkan berupaya merangsang pemikiran dan menarik minat MBPK semasa pembelajaran Bahasa Inggeris. Kaedah ini lebih memudahkan mereka untuk memahami mesej yang ingin disampaikan semasa sesi pengajaran. Pelaksanaan amalan terbaik ini dijalankan dengan menggunakan format laporan amalan terbaik yang melibatkan 5 orang MBPK (masalah pembelajaran) dari kelas Sinaran 3 di Sekolah Kebangsaan Malim Melaka pada tahun 2018. Data yang dikumpulkan melalui ujian pra dan pos dianalisis secara kualitatif dan borang pemerhatian digunakan bagi melihat kecenderungan minat MBPK terhadap kaedah yang digunakan. Dapatan dari amalan terbaik ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian dan juga minat murid dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan penggunaan video muzik boleh menimbulkan minat dan meningkatkan pencapaian MBPK di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Diharap dapatan dari kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah video muzik sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBB) dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Jamilahbi Binti Mohamed Ishaque. (2022). Meningkatkan Pencapaian Bahasa Inggeris Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Dengan Menggunakan Kaedah Video Muzik. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/291