Meningkatkan Disiplin Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti

Authors

  • Zatur Rawihah binti Ab. Rahman

Keywords:

Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti, Murid Masalah Pembelajaran, disiplin

Abstract

Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti merupakan mata pelajaran kemahiran untuk Murid Bermasalah Pembelajaran pada peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini melibatkan latihan amali yang perlu dilakukan oleh murid Pendidikan Khas yang mengikuti kelas KVS Asas Roti. Pembelajaran KVS Asas Roti merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru) bertujuan untuk meningkatkan disiplin murid seperti mendengar arahan, meningkatkan tahap kebersihan ketika membuat roti dan hadir ke sekolah setiap hari. Hal ini kerana murid sering kali mengabaikan arahan yang diberikan oleh guru menyebabkan mereka tidak mematuhi arahan dan peraturan ketika membuat roti. Amalan terbaik yang diketengahkan ini merupakan satu nilai tambah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah menengah. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru-guru PPKI untuk memantapkan disiplin murid PPKI, sekaligus program ini dapat meningkatkan kecemerlangan kepada murid dalam bidang kemahiran pada masa akan datang.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Meningkatkan Disiplin Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Roti. (2022). Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/295