Program Sekolahku Syurgaku: Program Meningkatkan Peratusan Kehadiran Dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Keywords:
Peratusan Kehadiran Murid MBPK, Program Sekolahku SyurgakuAbstract
Kehadiran murid ke sekolah merupakan salah satu elemen penting dalam keberhasilan dan kemenjadian murid. Hadir lewat dan juga ponteng ke sekolah merupakan fenomena biasa yang sering berlaku dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Fenomena ini akan memberi kesan terhadap peratusan kehadiran kelas PPKI dan secara tidak langsung akan menjejaskan keseluruhan peratusan kehadiran sekolah. Program Sekolahku Syurgaku dijalankan untuk meningkatkan peratusan kehadiran murid PPKI ke sekolah. Program Sekolahku Syurgaku ini dilaksanakan ke atas Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SK Gangsa dengan memperkenalkan Dashboard Kehadiran yang dipaparkan di sudut Sekolahku Syurgaku. Dashboard kehadiran ini merangkumi katagori-katagori berikut iaitu kehadiran penuh murid,murid terbaik,kelas terbaik dan peratus kehadiran mengikut bulan semasa. Pelaksanaan amalan baik ini telah berjaya meningkatkan peratusan kehadiran murid MBPK serta dapat menambahbaik amalan kehadiran murid MBPK ke sekolah. Di samping itu, amalan terbaik ini didapati mampu membantu guru pendidikan khas untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Amalan terbaik ini diharapkan diimplimentasikan terhadap semua murid MBPK SK Gangsa secara konsisten supaya masalah ketidakhadiran murid dapat diatasi sepenuhnya.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.