Meningkatkan Motivasi Belajar Menggunakan Token Ekonomi Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Authors

  • Nurul Hidayah binti Ismail

Keywords:

Token ekonomi, motivasi belajar, daya tumpuan, keyakinan diri, keseronokkan belajar

Abstract

Token ekonomi merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam meningkatkan motivasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Perlaksanaan token ekonomi dijalankan bertujuan meningkatkan motivasi belajar murid masalah pembelajaran semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Amalan ini dijalankan melibatkan 5 orang murid masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu. Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan temu bual sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui amalan penggunaan token ekonomi ini telah dapat meningkatkan motivasi belajar murid dari segi daya tumpuan, keyakinan diri dan keseronokan belajar. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Khas untuk meningkatkan motivasi belajar murid sekaligus berupaya meningkatkan kecemerlangan kepada murid. Keseluruhannya, motivasi belajar murid berkeperluan pendidikan khas semasa belajar dapat dipertingkatkan di dalam kelas dengan memilih teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan murid.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Nurul Hidayah binti Ismail. (2022). Meningkatkan Motivasi Belajar Menggunakan Token Ekonomi Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas . Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/298