Meningkatkan Kehadiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ke Sekolah Dengan Menggunakan Kit Guru Penyayang
Keywords:
Kit Guru Penyayang, Kehadiran Murid, Murid Bekeperluan Pendidikan KhasAbstract
Program Guru Penyayang merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Kit guru penyayang merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru) bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid bekeperluan pendidikan khas ke sekolah. Kit guru penyayang adalah satu intervensi untuk meningkatkan kehadiran dan keseronokan murid untuk ke sekolah. Kit ini membudayakan guru mengamalkan amalan guru penyayang. Butiran diri murid disertakan dalam kit ini sebagai panduan kepada guru untuk lebih mendekati murid. Penggunaan peneguhan positif iaitu token dilaksanakan bagi memberi galakan dan motivasi kepada murid untuk belajar. Segala pencapaian dan pengiktirafan yang diterima murid sama ada di peringkat kelas, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan disertakan dalam kit ini. Beberapa peningkatan dapat ditonjolkan oleh murid melalui penggunaan kit guru penyayang secara berterusan di sekolah. Antaranya adalah peningkatan dalam akademik, koakademik dan sahsiah. Kit guru penyayang yang dihasilkan ini merupakan satu nilai tambah dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu guru-guru pendidikan khas untuk meningkatkan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.