Intervensi Terapi LEGO Meningkatkan Interaksi Sosial Murid Autistik

Authors

  • Nor Hidayah Binti Ishak

Keywords:

Terapi LEGO, Interaksi sosial, Autisme

Abstract

Terapi LEGO merupakan satu aktiviti perkembangan sosial khusus untuk kanak-kanak autistik bagi membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.Terapi LEGO ini diperkenalkan sekitar tahun 2000 oleh Dan LeGoff seorang Pakar Neuropsikologi daripada Amerika Syarikat. Terapi LEGO boleh digunakan sebagai strategi pengajaran melatih pelajar untuk mengambil giliran, perbualan, kerjasama dalam pasukan, dan menyelesaikan masalah. Kaedah dijalankan secara berkumpulan untuk membina model lego secara bekerjasama. Setiap murid mempunyai peranan sebagai jurutera, pembekal bahan dan buruh. Terapi ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak Autistik melalui bermain lego yang melibatkan main peranan dan bekerjasama untuk membina model lego. Amalan terbaik menggunakan lego berjaya mengurangkan tingkah laku agresif murid autistik terhadap rakan lain. Amalan terbaik ini juga dilihat mampu menggalakkan tingkah laku positif dari segi penglibatan diri, kerjasama dan interaksi bersama rakan lain. Selain itu, perkembangan motor halus dan koordinasi murid juga menunjukkan perkembangan positif. Aktiviti terapi LEGO sememangnya membantu dalam meningkatkan interaksi sosial dan mudah untuk dilaksanakan. Justeru adalah dicadangkan aktiviti ini dilaksanakan melalui pengubahsuaian mengikut tema tertentu dan mudah dilaksanakan sebagai aktiviti yang menyeronokkan dalam sesi pembelajaran terutamanya bagi pelajar Autistik.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Nor Hidayah Binti Ishak. (2022). Intervensi Terapi LEGO Meningkatkan Interaksi Sosial Murid Autistik. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/303