Meningkatkan Kemahiran Duduk di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Penggunaan Bangku Kecil
Keywords:
Kemahiran Duduk, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Bangku kecilAbstract
Kemahiran duduk semasa proses pengajaran amat penting dalam usaha meningkatkan fokus, dan menstabilkan postur badan. Pengunaan bangku kecil sebagai alat sokongan dapat meningkatkan kemahiran duduk dengan postur badan yang betul dikalangan murid berkeperluan pendidikan khas. Tujuan amalan terbaik ini dijalankan di Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SK Seri Bemban ialah dapat meningkatkan fokus dan kawalan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan terbaik ini juga salah satu interversi awal bagi kemahiran menulis murid. Analisis deskritif digunakan untuk melihat keberkesanan penggunaan bangku kecil dalam meningkatkan kemahiran duduk dikalangan murid berkeperluan pendidikan khas. Dapatan daripada pelaksanaan bangku kecil ini, menunjukkan murid dapat duduk dengan postur badan yang betul dan fokus sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.