Intervensi Amalan Zikir dan Analisis Kesejahteraan Subjektif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Authors

  • Nurhasyimah Binti Mohd Salleh

Keywords:

Kesejahteraan subjektif, murid pendidikan khas, zikir, intervensi

Abstract

Kesejahteraan subjektif atau kehidupan yang baik merupakan impian setiap individu termasuk murid pendidikan khas. Ke arah pembangunan kehidupan yang lestari dan mampan, elemen kesejahteraan subjektif merupakan salah satu agenda yang diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Namun, murid pendidikan khas memperlihatkan ciri-ciri kesejahteraan subjektif yang terhad berbanding murid-murid tipikal. Hal ini mengakibatkan perkembangan emosi, tingkah laku serta proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas terganggu. Oleh itu, intervensi amalan zikir telah digunakan sebagai amalan terbaik bagi membantu kesejahteraan subjektif murid pendidikan khas khususnya daripada aspek emosi dan tingkah laku. Seramai 30 orang murid pendidikan khas yang beragama Islam, dua orang guru pendidikan khas dan tiga orang ibu bapa telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Semua kumpulan sasaran amalan terbaik ini merupakan warga SMK Dato` Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka pada tahun 2022. Data amalan terbaik ini diperolehi melalui pemerhatian terhadap murid pendidikan khas. Kaedah temu bual separa berstruktur pula dijalankan kepada guru pendidikan khas dan ibu bapa dalam proses pengumpulan data. Dapatan amalan terbaik ini turut disokong dengan analisis terhadap dokumen Rancangan Pendidikan Individu, senarai semak tingkah laku, senarai semak amalan kebaikan, maklumat Sistem Sahsiah Diri Murid dan gambar-gambar aktiviti murid pendidikan khas. Data yang diperolehi dianalisis dengan diberikan kod, kategori dan tema. Hasil dapatan amalan terbaik ini memaparkan murid pendidikan khas yang melalui intervensi amalan zikir kelihatan lebih tenang dari sudut emosi. Dari aspek tingkah laku pula, murid lebih mudah mematuhi arahan dan menunjukkan perkembangan tingkah laku yang semakin positif. Kesimpulan, pelaksanaan amalan terbaik ini memberi implikasi dari aspek pembelajaran dan pemudahcaraan bagi murid pendidikan khas.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Nurhasyimah Binti Mohd Salleh. (2022). Intervensi Amalan Zikir dan Analisis Kesejahteraan Subjektif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/307