Bantuan Sokongan Rakan Sebaya Terhadap Perkembangan Pembelajaran Murid Program Pendidikan Inklusif Menggunakan Buddy System

Authors

  • Ng Pei San

Keywords:

Program Pendidikan Inklusif, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Sokongan Rakan Sebaya, Perkembangan Pembelajaran, Buddy System

Abstract

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Namun, MBPK perlu diberi bantuan yang sesuai agar mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya mereka. Justeru, rakan sebaya yang belajar bersama-sama dengan MBPK dalam kelas arus perdana yang sama telah memainkan peranan yang penting dalam Buddy System. Buddy System merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pengamal (guru dan murid yang terlibat dengan Buddy System) di SJK (C) Ting Hwa, Melaka bertujuan untuk memberi bantuan sokongan kepada MBPK bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran MBPK samada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Melalui amalan terbaik ini, kerjasama antara rakan sebaya di kelas inklusif bersama dengan guru telah berjaya membimbing serta membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan MBPK seperti yang dihasratkan. Selain memberi pengaruh positif terhadap MBPK, hasil daripada Buddy System juga telah berjaya membentuk murid yang mempunyai jati diri yang tinggi secara tidak langsung. Amalan terbaik yang diketengahkan ini merupakan satu nilai tambah dalam perlaksanaan PPI. Diharapkan amalan terbaik ini dapat dipraktik dan diamalkan di sekolah demi membantu guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam menyelesaikan masalah berkaitan MBPK sekaligus mempertingkatkan pembentukan sahsiah di kalangan murid arus perdana.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Ng Pei San. (2022). Bantuan Sokongan Rakan Sebaya Terhadap Perkembangan Pembelajaran Murid Program Pendidikan Inklusif Menggunakan Buddy System. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/308