Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Menggunakan Prosedur Membaca Disleksia
Keywords:
Murid Pendidikan Khas Disleksia, Masalah Membaca, Prosedur Membaca Disleksia, Alat Bantu BelajarAbstract
Amalan terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca berdasarkan modul membaca murid disleksia dengan menggunakan pembaris tetingkap. Membaca merupakan aktiviti kompleks yang melibatkan aktiviti fizikal dan mental. Aktiviti membaca juga mempunyai kaitan dengan gerak mata dan ketajaman penglihatan. Kaedah membaca berdasarkan Prosedur Membaca Disleksia dengan menggunakan alat bantu belajar dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dan mengurangkan kesalahan membaca suku kata, perkataan dan ayat tanpa melangkau baris. Amalan ini menggunakan format laporan dan pemerhatian melibatkan 4 orang murid disleksia tingkatan 1 Sakura di SMK Padang Temu Melaka. Pelaksanaan amalan terbaik ini memberikan implikasi bahawa guru-guru boleh menggunakan Prosedur Membaca Disleksia dengan menggunakan bahan bantu mengajar sewaktu sesi pengajaran. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid-murid berpendidikan khas khususnya murid disleksia serta memudahkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan dengan lebih seronok.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Buku Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.