Memupuk Sikap Positif dan Daya Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Permainan LEGO

Authors

  • Khadijah Binti Jusin

Keywords:

pendekatan bermain, permainan lego, sikap positif, kreativiti

Abstract

Pendekatan bermain merupakan salah satu daripada kepelbagaian strategi Pendidikan yang boleh dilaksanakan secara langsung dan tidak langsung. Penglibatan murid dalam permianan dapat memupuk sikap postif di kalangan mereka di samping dapat meningkatkan kebolehan, bakat dan minat murid. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas sering dikaitkan dengan murid yang mempunyai tahap pencapaian kognitif yang rendah dan sukar untuk mengikuti kemahiran yang lebih tinggi. Dalam kajian ini, kaedah kualitatif digunakan iaitu secara pemerhatian dan catatan terhadap sikap positif murid semasa bermain. Lima orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Pulai telah dipilih untuk melihat keberkesanan permainan LEGO di kalangan murid Pendidikan khas. Daya kreatif murid dilihat dari susunan binaan yang dihasilkan daripada binaan blok Lego. Bermain adalah salah satu pendekatan yang berkesan kepada murid-murid kerana ia mendatangkan keseronokan dan kegembiraan kepada mereka. Penciptaan pelbagai binaan dari blok-blok lego dapat menunjukkan kebolehan dan keupayaan daya kreativiti murid-murid yang tersendiri Murid dapat menguasai kepelbagaian perkembangan dari segi fizikal, emosi, bahasa dan sosial yang diperolehi semasa bermain.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Khadijah Binti Jusin. (2022). Memupuk Sikap Positif dan Daya Kreatif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Permainan LEGO. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/312