Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Kaedah Cepat Baca

Authors

  • Farah Zurah binti Mohd Yusof

Keywords:

kaedah cepat baca, pendidikan khas, masalah membaca

Abstract

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Kemahiran membaca juga merupakan jambatan kepada ilmu dan pengetahuan. Kelemahan murid dalam membaca menyebabkan mereka tidak memahami perkara yang dibaca seterusnya menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses pembelajaran. Ia juga memberi kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam semua mata pelajaran. Kaedah membaca yang tidak bersesuaian menyebabkan murid merasa cepat bosan, kurang minat dan berkemungkinan cepat mengantuk ketika membaca. Penulisan amalan terbaik ini adalah untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Sekolah Kebangsaan Pernu, Melaka menggunakan kaedah cepat baca di bawah Program Celik Membaca. Kumpulan sasaran perlaksanaan amalan ini melibatkan murid Kelas Anugerah 2 Sekolah Kebangsaan Pernu yang mengikuti KSSRPK Tahun 2. Data amalan dikumpulkan menggunakan kaedah kualitatif secara pemerhatian dan temu bual. Hasil daripada dapatan amalan menunjukkan perlaksanaan aktiviti amalan ini berjaya meningkatkan kemahiran membaca MBPK dan meningkatkan keyakinan mereka dalam banyak aktiviti sama ada dalam atau di luar kelas.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Farah Zurah binti Mohd Yusof. (2022). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid di Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dengan Menggunakan Kaedah Cepat Baca. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/314