Penggunaan Kain Pengelap Dapur Berwarna

Authors

  • Ummu Balkhis Binti Mohamed Taib

Keywords:

kain pengelap, kain dapur, kemahiran asas vokasional, asas masakan, pendidikan khas

Abstract

Kebersihan adalah perkara yang paling penting dalam penyediaan makanan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Kain pengelap merupakan salah satu alatan pembersihan untuk membersihkan bengkel masakan. Kain pengelap ada tiga jenis iaitu kain pengelap tangan, kain pengelap alatan dan juga kain pengelap meja kerja atau dapur. Murid seringkali menghadapi kesukaran untuk membezakan ketiga-tiga jenis kain pengelap seterusnya menggunakan kain pengelap yang tidak sesuai apabila melakukan pembersihan semasa aktiviti amali di bengkel. Penggunaan kain pengelap yang salah boleh menyebabkan pencemaran silang semasa proses pengendalian makanan. Penggunaan kaedah kod warna untuk membezakan ketiga-tiga jenis kain pengelap tersebut iaitu warna kuning mewakili kain pengelap tangan, warna merah mewakili kain pengelap peralatan dan warna hijau pula untuk kain lap meja kerja atau dapur merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh guru. Penggunaan kod warna yang berlainan untuk mengenalpasti jenis kain pengelap sangat membantu murid untuk membezakan kain pengelap mengikut fungsinya sekaligus membantu murid menggunakan kain pengelap yang betul untuk mengelap peralatan, mengelap dapur atau meja kerja dan juga mengelap tangan ketika melakukan amali di bengkel.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Ummu Balkhis Binti Mohamed Taib. (2022). Penggunaan Kain Pengelap Dapur Berwarna. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/316