Meningkatkan Minat Asas Jahitan Pakaian Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Penglibatan Komuniti

Authors

  • Rahifah binti Mohd Tejeri

Keywords:

kemahiran asas jahitan, komuniti masyarakat, murid berkeperluan khas

Abstract

Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Asas Jahitan merupakan salah satu kurikulum KSSM Pendidikan Khas yang dirancang bagi menyediakan murid dengan kemahiran tertentu secara berfokus dan optimum sebelum ke alam kerjaya. Bidang kemahiran jahitan lazimnya kurang menyerlah dan diminati dalam kalangan murid berkeperluan khas. Kolaborasi program jahitan dengan melibatkan badan komuniti luar secara konsisten merupakan amalan terbaik yang telah dilaksanakan bagi membantu murid KVS Asas Jahitan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan kemahiran jahitan murid yang sering mendapat permintaan yang sangat tinggi di sekitar komuniti, negara mahupun pasaran dunia masa kini. Selain itu, program kolaborasi ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid berkeperluan khas dalam bidang jahitan serta memberi pendedahan pengetahuan tentang murid berkeperluan khas kepada masyarakat. Menerusi amalan baik ini, terdapat beberapa aspek yang dapat dihasilkan dari program ini seperti peningkatan kecenderungan minat murid belajar dalam bidang jahitan, kemahiran jahitan murid bertambah dan membina hubungan sosial yang positif dalam kalangan komuniti. Program kolaborasi jahitan bersama komuniti masyarakat yang dilaksanakan ini merupakan satu nilai tambah pada tahap pencapaian dan penguasaan murid berkeperluan khas KVS Asas Jahitan. Diharapkan amalan terbaik ini dapat membantu murid dan guru untuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam jahitan serta memenuhi permintaan negara sebagai tenaga kerja yang berkemahiran.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Rahifah binti Mohd Tejeri. (2022). Meningkatkan Minat Asas Jahitan Pakaian Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Melalui Penglibatan Komuniti . Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/317