Memperkasakan Program Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menerusi Program Berkembar Bersama Pusat Bertauliah

Authors

  • Nazarinar binti Seman@Jaafar

Keywords:

Program Berkembar, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Sijil Kemahiran Malaysia

Abstract

Sijil Kemahiran Malaysia merupakan satu program persijilan dalam pelbagai bidang kemahiran yang didapati dapat membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) membina laluan kerjaya mereka terutamanya dalam bidang industri.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mencapai sesebuah sekolah yang diiktiraf sebagai pusat bertauliah. Program ini dijalankan di pusat bertauliah iaitu Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dengan kerjasama Sektor Pendidikan Khas Negeri Melaka menerusi lima buah sekolah yang terlibat bermula pada tahun 2020 hingga 2022. Fokus program ini adalah untuk melatih MBK dalam bidang kemahiran dan seterusnya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kumpulan sasaran di dalam program ini adalah seramai 24 orang murid dan 10 orang guru. Data yang dikumpul dalam program ini adalah menggunakan temu bual, rakaman video dan soal selidik yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan data amalan terbaik ini, menunjukkan program ini telah berjaya membantu MBPK seramai 24 orang yang telah ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pembuatan Pastri. Selain itu, program ini juga dapat membantu guru-guru Pendidikan Khas di negeri Melaka dalam melahirkan lebih ramai MBPK dalam membina laluan kerjaya dalam bidang industri.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Nazarinar binti Seman@Jaafar. (2022). Memperkasakan Program Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Menerusi Program Berkembar Bersama Pusat Bertauliah. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/318