Teknik ‘Roll and Fold’ Membantu Murid Program Pendidikan Khas Dalam Membentuk Roti Bun dan Roti Buku

Authors

  • Suhaily binti Ramli
  • Sha Aida binti Ahad

Keywords:

Teknik ‘Roll And Fold’, Membentuk Roti, Pendidikan Khas

Abstract

Menguli merupakan kemahiran yang melibatkan koordinasi motor tangan kognitif. Kemahiran ini memerlukan latihan berulang supaya murid dapat menguasai kemahiran tersebut antaranya ialah menimbang, menguli, membakar dan membungkus. Menerusi kelas kemahiran pembuatan roti yang ditawarkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Durian Tunggal, murid pendidikan khas dilatih untuk membuat roti, pizza, donat dan muffin. Namun begitu, fokus penulisan pada kali ini adalah pada pembuatan roti manakala kemahiran yang difokuskan ialah menguli dan membentuk roti. Roti yang dihasilkan ialah roti bun dan roti buku. Roti bun biasanya roti berbentuk bulat. Roti loaf pula berbentuk segi empat. Kedua-dua jenis roti ini menggunakan kemahiran dan teknik yang berbeza semasa membentuk doh. Murid perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini bagi memastikan roti yang dihasilkan kemas dan seragam. Keseragaman penting bagi menjamin mutu di akhir produk. Justeru itu penulis telah menghasilkan satu modul bagaimana cara membentuk roti yang baik. Teknik ini dinamakan teknik ‘roll and fold’. Menerusi teknik ini ianya dapat membantu murid menghasilkan roti bun dan roti buku dengan seragam dan cantik. Kumpulan sasaran penulisan ini terdiri daripada 11 orang murid Kelas Melur di SMK Durian Tunggal. Data yang dikumpulkan adalah melalui pemerhatian hasil produk dan rakaman video yang telah dimuat naik di aplikasi ‘Tiktok’ (http://tiktok.com/@sueramlidt) saya. Dapatan daripada amalan teknik roll and fold ini mendapati murid lebih mudah menguasai kemahiran membentuk roti yang seragam.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Suhaily binti Ramli, & Sha Aida binti Ahad. (2022). Teknik ‘Roll and Fold’ Membantu Murid Program Pendidikan Khas Dalam Membentuk Roti Bun dan Roti Buku. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/319