Meningkatkan Kemahiran Dalam Bidang Pertanian Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek

Authors

  • Azni Norzanee Binti Mokhtar
  • Mohd Khaidir Bin Othman

Keywords:

Kemahiran dalam Bidang Pertanian, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Pembelajaran Berasaskan Projek

Abstract

Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk lebih daripada 32 juta orang dan 2 juta orang daripadanya ialah golongan Orang Kelainan Upaya(OKU). Cabaran paling besar golongan kelainan upaya adalah persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan kepercayaan dalam masyarakat. Perkembangan sosial dan kerjaya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bergantung kepada sokongan dan peluang yang diberikan oleh masyarakat di sekeliling mereka. Tujuan amalan terbaik ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas(MBPK) melalui pembelajaran berasaskan projek. Amalan ini dijalankan di SMK Hang Kasturi (SMKHK) pada tahun 2017 sehingga kini. Pada tahun 2022, ia melibatkan seramai 7 orang murid. Data yang dikumpulkan dalam amalan terbaik ini dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian. Dapatan amalan terbaik ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SMKHK melalui pembelajaran berasaskan projek mengikut skop kerja yang sebenar. Malahan melalui amalan terbaik juga, dapat menambah baik amalan Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPc) yang dirancang oleh guru terutama dari aspek mengendali latihan murid, mengurus stok dan pembelian barangan, melatih murid mengendali peralatan dan bahan dengan betul dan selamat serta menyelia keselamatan murid, peralatan dan bahan pertanian yang digunakan. Diharapkan melalui kemahiran pertanian yang dipelajari dari pembelajaran berasaskan projek oleh MBPK ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan sebagai sumber pekerjaan bagi golongan ini pada masa hadapan.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Azni Norzanee Binti Mokhtar, & Mohd Khaidir Bin Othman. (2022). Meningkatkan Kemahiran Dalam Bidang Pertanian Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/320