Meningkatkan Pengetahuan Maklumat Transisi ke Kerjaya Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Menerusi Kaedah Sticky Note PTK

Authors

  • Mohd Arshad bin Yahya

Keywords:

Kebolehpasaran, Transisi ke Kerjaya (PTK), Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, sticky note

Abstract

Kebolehpasaran kini merupakan satu elemen penting dalam keberhasilan murid berkeperluan pendidikan khas. Bagi membolehkan murid tersebut memasuki alam pekerjaan, BPKhas telah mewujudkan satu program yang dikenali sebagai Transisi ke Kerjaya (PTK). Program ini bukan subjek baharu tetapi lebih merupakan sisipan yang memberi nilai tambah dalam setiap mata pelajaran yang dirasakan sesuai oleh pihak guru semasa menjalankan PdPc. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran bagi guru dan murid untuk mengenal pasti elemen-elemen yang bersesuaian untuk disisipkan dalam PdPC. Pada masa yang sama juga, murid tidak cakna berkenaan sisipan ini kerana disebut sepintas lalu. Menerusi amalan ini, guru dapat mengenal pasti elemen PTK sekaligus dapat merangka aktiviti PTK yang bersesuaian dengan tahap murid. Kaedah ini juga membantu memudahkan proses penilaian PTK sebelum murid menamatkan sesi persekolahan. Kaedah ini juga mampu meningkatkan penguasaan murid dalam elemen PTK serta dapat menambah baik amalan guru dalam proses PdPc di dalam kelas dari segi aspek merangka, menilai dan mentaksir murid tanpa menjejaskan isi kandungan DSKP kurikulum yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Downloads

Published

2022-12-06

How to Cite

Mohd Arshad bin Yahya. (2022). Meningkatkan Pengetahuan Maklumat Transisi ke Kerjaya Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran Menerusi Kaedah Sticky Note PTK. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas Dan Inklusif, 1(1). Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/amalanterbaik/article/view/323