AMALAN TERBAIK BERKOLABORASI IBU BAPA DI SEKOLAH PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN SEKOLAH DI NEGERI MELAKA

Authors

  • Wong Jit Hoe
  • Wong Siew Fang

Keywords:

berkolaborasi ibu bapa, pendidikan khas inklusif, perspektif pemimpin sekolah

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi meninjau proses berkolaborasi ibu bapa di sekolah menengah Program Pendidikan khas inklusif Integasi (PPKI) terhadap amalan pendidikan inklusif di Negeri Melaka. Kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan gabungan model tipologi enam jenis penglibatan oleh Epstein dan faktor kejayaan berkolaborasi oleh Cook dan Friend. Reka bentuk kajian menggabungkan kaedah kajian kes (temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen) dan tinjauan (soal-selidik). Soal selidik diadaptasi daripada instrumen pengukuran kolaborasi ibu bapa Epstein untuk menilai tahap kerjasama pemimpin sekolah dan ibu bapa berdasarkan aktiviti kolaboborasi. Pendidikan Inklusif ini telah dibincangkan secara menyeluruh di peringkat antarabangsa mahupun di dalam Malaysia kerana ia telah berjaya mencapai perubahan yang lebih mantap. Melalui kaedah persampelan secara rawak berkelompok peserta kajian kuantitatif melibatkan sejumlah 900 responden terdiri daripada pemimpin sekolah daripada 30 buah sekolah program integrasi pendidikan khas inklusif di Negeri Melaka. Manakala kajian kes ini terdiri daripada 20 orang pemimpin sekolah , 12 orang ibu bapa dan 4 orang wakil komuniti daripada yang dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi ibu bapa dan pemimpin sekolah adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun didapati tiga buah sekolah berjaya memperolehi pencapaian berkolaborasi yang sangat tinggi dan aktiviti komunikasi menjadi aktiviti dominan. Manakala data kualitatif pula telah menghasilkan lima tema utama yang menerangkan faktor kejayaan sekolah memperolehi tahap berkolaborasi tinggi dan juga merupakan amalan terbaik berkolaborasi di sekolah PPKI. Objektif kajian ini ialah komitmen peribadi pemimpin sekolah yang merupakan punca dominan dan diikuti dengan penyelesaian pelbagai masalah dan memberikan ransangan yang kuat dalam usaha meningkatkan amalan berkolaborasi sekolah PPKI di Melaka mahupun di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga mengesahkan dapatan kajian lepas bahawa persepsi yang positif daripada pemimpin sekolah terhadap amalan pendidikan inklusif adalah faktor utama bagi menyumbang ke arah kejayaan pelajar pendidikan khas inklusif. Hasil kajian ini mencadangkan agar pihak- pihak terlibat mengukuhkan dan memantapkan amalan pendidikan inklusif supaya pemimpin sekolah dapat mengetahui peranan dan kepentingan penglibatannya dalam membantu pelajar pendidikan khas inklusif supaya mereka menjadi seorang yang berguna dan berjaya pada masa hadapan.

Downloads

Published

25-08-2022

How to Cite

Wong, J. H., & Wong, S. F. (2022). AMALAN TERBAIK BERKOLABORASI IBU BAPA DI SEKOLAH PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DARI PERSPEKTIF PEMIMPIN SEKOLAH DI NEGERI MELAKA. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/4