ASPEK KEKELUARGAAN MODEL EPSTEIN MEMPENGARUHI TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MURID BERKEPERLUAN KHAS

Authors

  • Siti Hajarat Ramly
  • Aliza Alias

Keywords:

Penglibatan, Rancangan Pendidikan Individu (RPI), Murid Berkeperluan Khas (MBK), Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI)

Abstract

Murid berkeperluan khas (MBK) adalah murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran terhadap MBK ini perlukan mempertimbangkan masalah pembelajaran yang dihadapi seperti kesukaran dalam membaca, memahami isi pengajaran dan masalah tingkah laku. Bagi membantu MBK ini dalam proses pembelajaran, Rancangan Pendidikan Individu (RPI) menjadi panduan dalam memastikan intervensi pendidikan mahupun modifikasi tingkah laku dijalankan dengan efisien. Selain dari guru, ibu bapa turut terlibat dalam menentukan objektif pembelajaran dan pengubahsuaian dalam RPI. Oleh itu, kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa MBK dalam pelaksanaan RPI dari aspek penglibatan Epstein iaitu keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan sukarela, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan berkolaborasi dengan komuniti. Hasil analisis regrasi berganda terhadap 306 set borang soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa MBK, mendapati bahawa hanya lima aspek Epstein yang menyumbang kepada tahap penglibatan ibu bapa iaitu komunikasi (22.7%), pembelajaran di rumah (16.5%), bantuan sukarela (27.2%) dan keibubapaan (18.0%) dan membuat keputusan (16.5%). Sebaliknya, aspek kolaborasi dengan komuniti tidak mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan RPI. Kesimpulannya, aspek kekeluargaan Epstein antara ibu bapa MBK dengan guru pendidikan khas amat penting sehinggakan penglibatan ibubapa dalam pelaksanaan RPI anak masing-masing di sekolah adalah tinggi

Published

02-08-2017

How to Cite

Siti Hajarat Ramly, & Aliza Alias. (2017). ASPEK KEKELUARGAAN MODEL EPSTEIN MEMPENGARUHI TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MURID BERKEPERLUAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/118