KOLABORASI GURU PENDIDIKAN KHAS DAN INDUSTRI DALAM MENJALANKAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS

Authors

  • Mohd Zulkarnain Abdul Wahab
  • Aliza Alias

Keywords:

Program Transisi Kerjaya, Kolaborasi Guru Pendidikan Khas, Guru dan Industri

Abstract

Program Transisi Kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) merupakan satu langkah yang penting dalam menentukan kebolehpasaran dan penerimaan majikan. Guru pendidikan khas sebagai pelaksana perlu mempunyai pengetahuan dan bersedia melaksanakan program berikut sehingga ke peringkat industri. Responden kajian terdiri daripada guru pendidikan khas seramai 64 orang dari enam buah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Negeri Johor. Data diperoleh melalui soal selidik yang menggunakan skala likert 1 hingga 5 dengan kaedah persampelan berkelompok. Item soal selidik terbahagi kepada tiga aspek iaitu pengetahuan dan kesediaan guru; kolaborasi dengan industri; dan persepsi guru dalam meningkatkan keberkesanan Program Transisi Kerjaya. Kaedah kuantitif dikriptif digunakan untuk menganalisis data secara kekerapan dan peratusan. Dapatan menunjukkan 93.7% guru pendidikan khas berpendapat Program Transisi Kerjaya akan lebih bermakna jika industri menyatakan keperluan yang dingini dalam mengambil MBK berkerja. Sejumlah 93.8% guru pendidikan khas juga mahukan industri membuka peluang bagi MBK menjalankan transisi di tempat mereka. Dapatan juga menggambarkan bahawa terdapat jurang dalam kemahiran berkaitan industri yang mana 31.3% guru pendidikan khas hanya menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam menjalankan Program Transisi Kerjaya. Ini berkemungkinan disebabkan kerana 31.2% daripada guru pendidikan khas menjalankan transisi bersendirian tanpa penglibatan industri. Sebagai meningkatkan keberkesanan Program Transisi Kerjaya, dua pihak utama iaitu guru dan industri perlu memainkan peranan terutamanya mengadakan kolaborasi yang memerlukan mereka bersama dalam mencadang, membuat keputusan dan melaksanakan peranan masing- masing.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Mohd Zulkarnain Abdul Wahab, & Aliza Alias. (2017). KOLABORASI GURU PENDIDIKAN KHAS DAN INDUSTRI DALAM MENJALANKAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/121