PENGLIBATAN MULTIPROFESIONAL MELALUI PROJEK KOLABORASI BERASASKAN AKTIVITI SENI VISUAL UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: AUTISME

Authors

  • Nur Adibah Kamarus Zaman
  • Norshidah Mohd Salleh

Keywords:

Autisme, Kolaborasi multiprofesional, Seni visual

Abstract

Kolaborasi multiprofesional merupakan kerjasama oleh kumpulan pelbagai displin yang bergabung tenaga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada komuniti khususnya kanak-kanak berkeperluan khas. Penglibatan multiprofesional ini penting sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia memperuntukkan jutaan ringgit saban tahun bagi memastikan program melalui pelbagai projek kolaborasi dilaksanakan untuk pembangunan kanak-kanak berkeperluan khas . Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti peranan profesional dan implikasi penglibatan mereka dalam jaringan kerjasama multiprofesional melalui projek kolaborasi berasaskan aktiviti seni visual untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami sindrom autisme. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual untuk mengumpul maklumat. Seramai enam orang responden dipilih yang terdiri daripada pegawai dari Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), artis seni visual, juruterapi seni, guru dan ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) dari Pusat Permata Kurnia. Analisis data kajian ini menggunakan perisian Nvivo11 dan menggunakan teknik pengumpulan maklumat secara bertema. Hasil kajian tentang peranan multiprofesional mendapati semua pihak yang terlibat memberi sumbangan dari segi bidang kerjaya profesional, kepakaran dan ilmu pengetahuan masing-masing. Di samping itu, hasil kajian turut mendapati implikasi penglibatan multiprofesional melalui projek kolaborasi berasaskan aktiviti seni visual untuk kanak-kanak autisme ini adalah dari segi perkongsian kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi kepada multiprofesional, memupuk kesedaran tentang autisme dan seni visual kepada komuniti dan manfaat amalan aktiviti seni visual kepada kanak-kanak autisme. Sehubungan itu, kajian ini telah memberi nilai tambah terhadap amalan kolaborasi, integrasi bidang seni visual dan bidang pendidikan khas dalam mencari manfaat bersama untuk kesejahteraan kehidupan yang lebih berkualiti untuk kanak-kanak autisme melalui komuniti.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Nur Adibah Kamarus Zaman, & Norshidah Mohd Salleh. (2017). PENGLIBATAN MULTIPROFESIONAL MELALUI PROJEK KOLABORASI BERASASKAN AKTIVITI SENI VISUAL UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: AUTISME. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/123