PERSEKITARAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN MURID MASALAH PENGLIHATAN DI MALAYSIA

Authors

  • Hajarul Bahti Zakaria
  • Ab. Halim Tamuri
  • Norshidah Mohd Salleh
  • Mohd Huzairi Awang@Husain

Keywords:

Persekitaran pembelajaran, murid masalah penglihatan, pembelajaran Tilawah al- Quran

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan mengenal pasti persekitaran pembelajaran Tilawah al-Quran murid masalah penglihatan di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 97 orang murid masalah penglihatan peringkat menengah atas dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Penglihatan) seluruh Malaysia. Instrumen soal selidik telah diubahsuai daripada instrumen Aderi (2008). Murid dikehendaki memberikan respon kepada sejumlah 16 indikator yang berkaitan dengan persekitaran mereka terhadap pembelajaran Tilawah al-Quran. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif iaitu peratusan dan min digunakan untuk melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran Tilawah al-Quran murid masalah penglihatan tidak mencapai tahap yang memuaskan dan berada pada tahap rendah dengan min = 2.20, sisihan piawai= 0.58. Semua pihak ibubapa, sekolah dan masyarakat perlu menggembleng tenaga bagi meningkatkan keadaan persekitaran pembelajaran Tilawah al-Quran murid masalah penglihatan dari pelbagai aspek yang melibatkan prasarana, aktiviti, proses pembelajaran dan pengajaran, dan sokongan moral di samping meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan pembelajaran Tilawah al-Quran.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Hajarul Bahti Zakaria, Ab. Halim Tamuri, Norshidah Mohd Salleh, & Mohd Huzairi Awang@Husain. (2017). PERSEKITARAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN MURID MASALAH PENGLIHATAN DI MALAYSIA. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/129