TRANSISI KERJAYA DALAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL KHAS UNTUK MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Authors

  • Noraini Abdullah
  • Noryani Md. Yusof

Keywords:

Transisi Kerjaya, Mata Pelajaran Vokasional Khas, Murid Bermasalah Pembelajaran

Abstract

Kesukaran golongan berkeperluan khas khususnya murid bermasalah pembelajaran (MBP) untuk mendapatkan pekerjaan merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius. Hal ini disebabkan ketidakupayaan mereka serta kekurangan kemahiran yang selari dengan kehendak majikan. Justeru, transisi kerjaya dalam Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV Khas) diperkenalkan untuk MBP kerana golongan ini kurang mampu untuk menguasai bidang akademik tetapi mereka mempunyai keupayaan fizikal yang boleh digunakan dalam pekerjaan tertentu. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaan transisi kerjaya dalam Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV Khas) untuk murid bermasalah pembelajaran (MBP) di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan kaedah pengumpulan data melalui temu bual dan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan melibatkan empat orang guru di empat buah sekolah menengah di Program Pendidikan Khas Integrasi. Data-data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 7.1.8. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru telah melaksanakan transisi kerjaya untuk MBP dalam MPV Khas di PPKI sebagai persediaan ke alam kerjaya. Bidang-bidang kemahiran yang diajar ialah pertanian, masakan, jahitan dan perkhidmatan. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam melaksanakan transisi kerjaya dalam MPV Khas untuk MBP. Cabaran-cabaran tersebut ialah dari aspek kurikulum MPV Khas yang perlu diubahsuai mengikut ketidakupayaan murid, guru-guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran, sikap murid dan persepsi negatif majikan terhadap MBP. Diharapkan kajian ini dapat memberi input kepada masyarakat luar tentang kemahiran-kemahiran yang diajar kepada MBP dalam MPV Khas sebagai persediaan ke alam kerjaya selepas mereka meninggalkan alam persekolahan. Selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti segala permasalahan dalam melaksanakan transisi kerjaya dalam MPV Khas untuk MBP di PPKI supaya kemahiran-kemahiran yang diajar kepada murid bermasalah pembelajaran selari dengan kebolehan mereka serta memenuhi kehendak majikan.

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Noraini Abdullah, & Noryani Md. Yusof. (2017). TRANSISI KERJAYA DALAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL KHAS UNTUK MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN DI MALAYSIA. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/133