PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS (PENDENGARAN) TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) TEORI DAN AMALI DI DALAM KELAS MEMASAK

Authors

  • Rohani Mohd Ali
  • Abu Hanifah mohd Said
  • Rosmini Abdul Rahman

Keywords:

Persepsi, amali, teori, pendidikan khas (pendengaran)

Abstract

Kajian ini membincangkan persepsi pelajar pendidikan khas (pendengaran) terhadap pengajaran dan pembelajaran teori dan amali di dalam kelas memasak. Kaedah kajiselidik digunapakai dalam penyelidikan ini untuk melihat persepsi pelajar. Kajian ini dilaksanakan terhadap pelajar pendidikan khas (pendengaran) Kursus Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering) di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Ujian rintis dijalankan keatas 30 orang pelajar pendidikan khas (pendengaran) dari Jabatan Elektrik dan Pelancongan dan hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Data-data dan maklumat yang telah dikumpul menggunakan instrument soal selidik untuk menilai persepsi pelajar pendidikan khas (pendengaran) terhadap pengajaran dan pembelajaran teori dan amali di dalam kelas memasak.Justeru itu, kajian ini dirasakan sangat penting dalam membantu pensyarah dalam menilai tahap kefahaman pelajar pendidikan khas (pendengaran) ini. Dapatan hasil kajian juga dapat membantu pensyarah yang mengajar dari pelbagai aspek seperti yang dinyatakan dalam bahagian cadangan demi meningkatkan mutu penyampaian dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar pendidikan khas (pendengaran).

Downloads

Published

02-08-2017

How to Cite

Rohani Mohd Ali, Abu Hanifah mohd Said, & Rosmini Abdul Rahman. (2017). PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS (PENDENGARAN) TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) TEORI DAN AMALI DI DALAM KELAS MEMASAK. Proceedings of International Conference on Special Education, 2. Retrieved from https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/article/view/134